Home Top Ad

Responsive Ads Here

PENDEDAHAN EKSKLUSIF: Zara Zya Kini Sedang Bercinta Dengan Hafreez Adam

Share:

Pelakon Hafreez Adam membuat pendedahan yang agak mengejutkan ramai apabial mengakui sedang bercinta dengan rakan artis, Zara Zya.

Menerusi satu laporan Berita Harian, Hafreez membuat pengakui bahawa dia mengakui ikhlas menyintai pelakon cantik jelita Zara Zya.

Bagi Hafreez, dia langsung tidak melihat jarak usia empat tahun tahun sebagai halangan untuk mereka menjalin hubungan sebagai kekasih.

Mula rapat sejak enam bulan lalu, Hafreez Adam, berkata mereka sengaja tidak menghebahkan berita itu kerana bimbang disalah tafsir.

Ini disebabkan mereka berdua sedang berlakon bersama dalam satu drama.


Mari baca komen Hafreez:

"Ketika hubungan cinta berputik, kami sedang menjalani penggambaran drama bersiri, Monalisa. Bimbang juga jika terlalu menggembar-gembur, orang menganggap kami menggunakannya sebagai ruang untuk melariskan drama.

"Disebabkan itu, kami lebih selesa mengunci mulut. Tetapi, saya dan Zara tidak pernah berahsia kerana mereka yang berada di set penggambaran tahu hubungan kami.

"Sesekali, kami turut memuat naik gambar bersama di laman Instagram. Ada peminat yang mula menyedarinya dan jika ditanya, kami tidak pernah berahsia,"


Hafreez berkata, dia amat selesa dengan kematangan Zara Zya, malah katanya lagi, Zara merupakan seorang wanita yang tahu membahagiakannya.

Ini pendedahan Hafreez lagi:

"Zara sentiasa membuat saya tersenyum dengan telatah lucunya. Dia juga tidak mudah cemburu dan sangat memahami. Mungkin kerana kami bekerja dalam bidang yang sama, jadi kami mudah menyesuaikan diri.

"Ini kali pertama saya jatuh cinta dengan pelakon dan sudah pasti, saya berharap hubungan ini akan membawa kami ke jenjang pelamin,"


Tentang menjalin hubungan yang serius, Hafreez akui pernah berbincang mengenai perancangan masa depan, namun Hafreez berkata, dia meletakkan sasaran untuk menamatkan zaman bujang sebelum mencecah usia 30 tahun.


Apapun, semoga hubungan Hafreez dan Zara Zya mekar selalu dan terus ke jinjang pelamin.

Sumber: Berita Harian

No comments