Pengumuman Mengejut Norman Sampai Menitis Air Mata, Kumpulan KRU Dibubarkan..

Share:


Kumpulan KRU yang dianggotai oleh tiga adik beradik iaitu Datuk Norman Abdul Halim, Yusry Abdul Halim dan Edry Abdul Halim telah membuat satu pengumuman khas yang amat mengejutkan ramai.

KRU menerusi ketuanya iaitu Norman, mengumumkan pembubaran kumpulan itu selepas konsert terakhir mereka yang bakal berlangsung pada 6 Mei ini.

Norman Abdul Halim berkata, keputusan tersebut merupakan kata sepakat di mana ketiga-tiga adik beradik itu.

Sebenarnya, masing-masing telah pun mempunyai perancangan tersendiri untuk meneruskan kerjaya masing-masing.

Ini kenyataan dari KRU:

"Kami mengumumkan bahawa konsert Gergasi KRU25 adalah penampilan terakhir daripada kami. Selepas konsert yang berlangsung selama tiga hari ini ia dibubarkan secara rasmi.

"Manakala single Tahan Lama yang akan berduet bersamaa Joe Flizzow merupakan single terakhir kami"



KRU membuat pengumuman itu ketika ditemui pada sidang media konsert Gergasi KRU25 yang diadakan di Impiana KLCC pada Rabu.

Konsert berkenaan bakal diadakan selama tiga malam di Panggung Sari, Istana Budaya pada 4 hingga 6 Mei depan.

Dalam pada itu, Norman ternyata tidak dapat menahan sebak lantas menitiskan air mata pada pengumuman tersebut.

Norman turut mengucapkan terima kasih kepada peminat yang telah memberi sokongan kepada kumpulan tersebut sepanjang 25 tahun.

Bagaimanapun, entiti KRU sebagai sebuah syarikat media dan hiburan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.

Ini katanya lagi;

"Saya memgucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong kerjaya kami selama 25 tahun dalam industri muzik tanah air,"

Sementara itu, adik Norman iaitu Edry berkata, dia mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan anak-anak.

Ini komen dari Edry:

"Ini keputusan semula jadi yang semamngnya sudah tiba masanya untuk kami berehat dan menumpukan perhatian kepada keluarga pula. Saya juga ada anak-anak yang perlu perhatian,"


KRU memang satu kumpulan amat popular satu masa dulu,

Antara lagu popular KRU adalah seperti Awas, Fanatik, Oh LaLa, Jangan Lafazkan, mengerti dan banyak lagi.

Sumber: mStar / Foto : Harian Metro

Tiada ulasan