KENYATAAN RASMI: Ismail Izzani Akui Curang 6 Kali Dengan Model Hijabista

Share:


Penyanyi sedang meningkat naik Ismail Izzani akhirnya tampil membuat respon balas selepas pelbagai spekulasi melandanya apabila ada yang mengatakan di curang dengan kekasih.

Penyanyi lagu Sabar ini membuat permohonan maaf kepada para peminatnya di laman media sosial Twitter pada malam Isnin selepas gadis yang dikatakan kekasihnya iaitu model hijabista, Sharifah Rose mendakwa remaja itu bersikap curang terhadapnya.

Pendedahan dari kekasihnya mengenai sikap Ismail telah menyebabkan penyanyi lagu Luar Biasa ini menjadi sasaran peminat terutamanya wanita yang berang dengan sikapnya yang curang itu.

Bukan sekali dua curang tetapi sebanyak 6 kali.

Dikatakan model hijabista iaitu Sharifah Rose kini sudahpun putus dengan Ismail Izzani.

Ismail Izzani yang kini baru berumur 18 tahun, membuat kenyataan bahawa dia mengakui kesemua kesalahannya.

Penyanyi ni juga meluahkan rasa menyesal kerana menyakiti hati teman wanitanya yang cantik jelita itu. Malah apa dilakukan adalah kerana dia tidak berfikir dengan baik.

Ini kenyataan Ismail Izzani:

"Saya tidak salahkan sesiapa. Yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari saya sendiri.

"Saya mengakui semua kesalahan saya dan saya merendah diri meminta maaf. Terima kasih Allah kerana menyedarkan saya dan kepada semua terima kasih atas nasihat dan sokongan.

"Sila bantu saya menjadi seorang yang lebih baik apabila saya gagal berbuat demikian,"


Dalam pada itu, Ismail meminta maaf terhadap teman wanitanya kerana telah melukakan hatinya gara-gara sikap ego yang menyebabkan berlakunya masalah.

"Tentang hubungan saya sebelum ini, saya percaya semua orang ada buat kesalahan dalam hidup mereka dan begitu juga saya.

"Apa yang kami miliki sebelum ini adalah kenangan yang tidak dapat dilupakan yang akan saya kenang sampai bila-bila.

"Saya minta maaf kerana melukakan hati anda dengan sikap ego saya yang membunuh perhubungan kita dan anda sepatutnya menerima lebih baik lagi,"


"Maafkan atas semua dosa saya, kepada semua yang tetap nak cakapa buruk pasal saya teruskan, saya tak akan halang. Saya ada alasan tersendiri dan percaya, lebih baik begini," 

Kini Ismail Izzani memberitahu masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta kerana usianya yang masih muda dan memilih untuk fokus kepada karier seninya selepas ini.

Malah Ismail meminta peminat memaafkannya namun tidak menghalang sekiranya ada pihak ingin terus bercakap buruk tentangnya.

Sementara itu Sharifah Rose atau lebih mesra disapa Sabrini, menerusi Twitter pula meminta netizen menghentikan spekulasi mengenai mereka selain telah memaafkan perbuatan Ismail terhadapnya.

Ini komen nya:

"Saya harap ini menjadi pengajaran dan peluang untuk berubah. Saya sentiasa melihat sisi baik tentang diri anda.

"Bersama anda adalah saat terbaik dan terburuk tetapi kita bukan dijadikan untuk bersama. Saya maafkan awak,"



Apapn kedua-dua masih muda lagi, dan baru bertapak di dunia yang penuh pancaroba ini.

Semoga hubungan mereka dijadikan kenangan dan juga dijadikan kisah kehidupan ini sebagai pengajaran untuk masa depan.

Sumber: mStar

Tiada ulasan