Home Top Ad

Responsive Ads Here

Raja Ilya Tak Tipu, Akan Kembali Ke USA Dapat Tawaran Lain

Share:


Kecoh seketika apabila artis popular yang cantik bernama Raja Ilya di katakan telah menolak tawaran berlakon di Amerika Syarikat. Malah ramai netizen mendakwa bahawa ia hanya pembohongan sahaja.

Jelas pelakon wanita ini, Raja Ilya menyifatkatkan kritikan segelintir pihak netizen menuduhnya menipu bahawa tawaran lakonan dalam filem francais Marvel di Hollywood, USA baru-baru ini.

Namu, artis jelita ini yang  berusia 32 tahun itu menegaskan bahawa dia sememangnya telah  mendapat watak yang ditawarkan selepas berjaya dalam sesi uji bakat.

Antara komen yang diberikan:-

"Saya ke Hollywood untuk menandatangani kontrak lakonan serta menghadiri sesi uji bakat filem itu."

"Segala urusan seni dibantu agensi yang bertapak di sana".

"Selepas mendapat watak itu barulah saya mengumumkannya. Sudah tentu saya teruja berpeluang berlakon dalam filem terbitan francais besar,"

"Saya tidak bodoh untuk mengumumkan sesuatu yang belum ada pengesahan lagi," 

"Ketika membaca skrip baru saya mendapati ada bahagian menyentuh sensitiviti Islam."

"Sudah pasti saya tidak mahu mencemar imej Malaysia dan maruah keluarga, jadi dengan berat hati saya terpaksa menolak lakonan itu,"

Bagaimanapun, dakwaan  Raja Ilya mengakui bahawa  terpaksa menolak lakonan itu selepas mendapati ada babak tidak sesuai serta bercanggah dengan nilai Islam.

Pelakon ini turut menjelaskan bahawa persiapan untuk bekerja di Amerika Syarikat bukan sesuatu yang mudah kerana membabitkan pelbagai proses.

Kata Raja Ilya lagi:-

"Saya terpaksa menunggu setahun menyiapkan segala dokumen dan keperluan ke sana termasuk mendapatkan visa khas."

"Pun begitu, sudah ada rezeki lain menanti saya di Amerika Syarikat dan akan kembali ke sana lagi,"

Dalam pada masa yang sama, Raja Ilya malas  mengambil pusing kutukan netizen dan tidak akan membalas kecaman di ruang komen akaun Instagram miliknya.

Amboi netizen sekarang suka sangat menghentam dan menceroboh privasi artis melalui laman sosial Instagram. Semoga Raja Ilya akan terus sukses dengan kerjaya lakonannya.

Sumber: Harian Metro

No comments