Home Top Ad

Responsive Ads Here

Respon Balas Nora Danish Apabila Bayinya Dikutuk Tak Comel

Share:

Pelakon popular Nora Danish telahpun berkahwin dengan anak menteri, Nedim Nazri.

Baru-baru ini, pelakon jelita ini telahpun menerima cahaya mata pertama hasil perkahwinan dengan Nedim.

Pasangan ini langsung tidak lokek berkongsi foto anaknya itu sejak dari awal kelahirannya namun ada pihak yang memberi komen negatif menghina anak nya itu yang baru berusia 2 bulan.

Nora Danish meluahkan rasa kesal apabila anaknya iaitu Mohamed Neqayl Nedim atau dipanggil Ney Ney yang kini turut menjadi mangsa buli siber dihina oleh netizen.

Pelakon ni berkata, dia tidak kisah jika kata-kata negatif hanya ditujukan kepadanya, namun sebagai ibu dia bersedih apabila bayi yang tidak berdosa turut menerima nasib yang sama.

Ini komennya:

"Kalau netizen hanya bercakap fasal saya mungkin saya boleh abaikan sahaja, tapi bila bercakap tentang seorang bayi suci, sesuci kain putih yang baru dilahirkan saya sedikit terkilan.

"Bagi saya, saya pun manusia biasa, saya pun menangis"

"Bercakap kasar dan negatif terhadap anak kecil adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya dan saya akui kesal dengan sikap mereka.

 "Dengan kempen antibuli, saya mahu menyedarkan para mereka di luar sana supaya jangan buat benda ini. Anda pun ada family dan ada keluarga, sebelum berkata, fikir dulu..

Nora Danish juga menjawab persoalan dari netizen yang mengecam tindakannya bercuti di luar negara bersama bayinya.

Ini jawapannya:

"Kita bawa anak pergi bercuti orang mengata, kalau tak bawa dan tinggalkan di rumah nanti kena kecam juga. Susah nak puaskan hati semua orang,"

Nora Danish berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran kempen 'Akhiri Buli Siber dan Penyebaran Maklumat Palsu' yang dianjurkan bersama pelakon dan penerbit, Datuk Hans Isaac.

Kempen anti buli itu telah dilancarkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Antara artis yang turut hadir bagi menyokong kempen itu termasuk Neelofa, Scha Al-Yahya, Awal Ashaari, Maya Karin, Joe Flizzow, Kavita Sidhu, Caprice, Adibah Nor, Atilia Haron, Afdlin Shauki dan Shahrol Shiro.

Dalam perkembangan dirinya, Nora memberitahu berat badannya turun sebanyak 11 kilogram selepas tempoh berpantang anak keduanya itu.

"Sekarang ni berat badan saya 55 kg, nak dapatkan balik berat ideal seperti sebelum mengandung susah betul!

"Saya kena kuruskan badan lagi sikit, sebab 55 kg ni tak ideal untuk saya jadi bahagian yang 'tembam-tembam' ni kena buang sikit.

"Mungkin ambil masa sebab saya melahirkan anak secara pembedahan jadi tak boleh nak pergi gim lagi,"

Untuk pengetahuan, Nora Danish selamat melahirkan bayi lelaki itu di sebuah hospital swasta di ibu negara pada 22 Februari lalu.

Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ia adalah perkahwinan kedua buatkedua-dua pasangan ini.

Sumber: mStar

No comments