Home Top Ad

Responsive Ads Here

Sampai Menjerit Anak Aziz M. Osman

Share:
 
Penerbit dan pengarah filem popular, Aziz M Osman ada sebab tertentu memilih untuk menghantar anak bongsunya iaitu Puteri Nur Azzahra yang kini berusia enam tahun ke sekolah antarabangsa.

Aziz M. Osman berkata, selain dia berkemampuan, dia juga mahu anak perempuannya itu dikelilingi oleh persekitaran yang positif.

Sebelum ini,  dikatakan Puteri Nur Azzahraada ke sekolah awam dan keluarga melihat ada pengalaman yang tidak baik.

Ini komen Aziz:

"Ada rezeki untuk hantar di ke sekolah antarabangsa, jadi apa salahnya kita memberi pendidikan yang terbaik untuk dia.

"Saya mahu dia berada dalam persekitaran yang betul dan positif. Ada suatu ketika ibunya berdepan dengan situasi negatif melibatkan rakan-rakan dan dia tidak boleh terima"


Bagi Aziz, dia mahu anak dapat pelajaran dengan baik selain dipengaruhi persekitaran yang bagus.

Pengarah ini berkata demikian ketika mengulas tentang trend kebanyakkan selebriti menghantar anak-anak di sekolah antarabangsa berbanding sekolah kerajaan.

Aziz turut berkongsi pengalaman yang kurang baik selepas menghantar anaknya itu ke sekolah awam.

Ini perkongsian Aziz M. Osman:

"Sebelum masuk ke sekolah antarabangsa saya pernah hantar dia ke sekolah biasa. Saya lihat ada perkembangan yang tidak baik, dia pandai menjerit dan memanggil orang dengan perkataan ‘Oi’.

"Saya tidak salahkan budak-budak itu, tapi ibu bapa dan cara mereka dibesarkan itu membentuk mereka bagaimana"


Katanya, sebagai ibu bapa, dia mahu memberi yang terbaik dan merancang masa depan anaknya ke arah lebih baik.

Sementara itu, bercakap tentang laman sosial, Aziz berkata, sebagai bapa dia memberi kebebasan dengan kawalan terhadap anaknya terdedah dengan dunia sosial.

Puteri Azzahra atau lebih dikenali sebagai Ara Aziz itu kini memiliki lebih 100,000 pengikut di laman sosial turut memiliki peminat tersendiri.

Ini jelasnya:

"Saya beri kebebasan namun memimpin dia dalam melakukan perkara-perkara yang dia suka.
 

"Kalau kita larang dia akan memberontak dan cari alternatif lain. Ia lebih membahayakan, lebih baik kita beri sahaja apa dia mahu tapi dengan cara yang betul,"

Itulah komen Aziz tentang perihal anaknya itu.

Diimbas kembali, Aziz M. Osman berkahwin dengan isterinya, Puteri Lily Lokman pada 6 Jun 2010.

Sumber:  mStar

No comments