"Saya Sendiri Pernah Terpakai Seluar Ketat" - Sherry Ibrahim Tentang Cabaran Bila Berhijab

Share:

Sherry Ibrahim merupakan seorang pelakon cantik yang amat popular satu masa dulu.

Pelakon berumur 35 tahun ini merupakan bekas pramugari dan diketahui ramai telah pun membuat keputusan untuk memakai tudung dan menutup aurat.

Sememangnya pelakon ini kian tampak ayu dan jelita apabila membuat keputusan untuk tampil berhijab sejak lebih dua tahun yang lalu.

Kini Sherry Ibrahim akui cukup selesa dan lebih yakin dengan penampilan berhijab.

Namun begitu, Sherry Ibrahim bagaimanapun mengakui pada peringkat awal, dia juga pernah melakukan khilaf dengan mengenakan fesyen yang dirasakan kurang sesuai buat wanita muslimah.

Melalui satu pendedahan kepada portal Media Hiburan, Sherry turut berpandangan bahawa sebagai masyarakat, kita tidak boleh terus menjatuhkan hukum dan melemparkan persepsi yang tidak baik terhadap wanita yang baru sahaja memakai tudung.

Bagi Sherry, kesilapan yang dilakukan misalnya dalam soal pemakaian adalah satu proses yang menjadikan seseorang itu lebih peka terhadap apa yang dipakai dan digayakan.

Ini komen Sherry Ibrahim:

"Saya sedar, kalau ada beri kritikan, itu merupakan pandangan individu dan ia sifatnya subjektif. Macam saya alhamdulillah, seru untuk mengenakan hijab itu datang secara tiba-tiba, tanpa adanya pengaruh daripada mana-mana pihaK. Ia datang sendiri dan bersyukur kerana mendapat hidayah itu. Cuma itulah, bila ada yang kata ramai yang mula mengenakan hijab kerana ikut trend semata-mata, siapalah kita untuk menghakimi."

"Malah saya juga percaya, bagi yang bertudung pun Allah SWT tetap akan uji kita dengan cara lain.Misalnya saya sendiri pernah terpakai seluar ketat dan bila sedar ia adalah suatu proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik."

"Cuba elakkan apa yang sepatutnya. Alhamdulillah, setakat ini semuanya okay sahaja. Terima kasih buat yang tegur saya untuk menjadi insan yang lebih better dan better"

Sherry Ibrahim mula popular sebagai pelakon menerusi drama hebat berjudul Dunia baru yang turut dilakonkan oleh Iqram Dinzly, Elyana, Pierre Andre, Lana Nordin, Almy Nadia dan ramai lagi.

Selain pelakon, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Binti Ibrahim turut berkemcinpung dalam bidang perniagaan.

Sherry Ibrahim kini merupakan salah seorang founder untuk produk Deeja Cosmetic dan juga Sherry Scarves.

Tahun ini, Sherry telahpun tampil menerusi drama popular iaitu Syurga Yang Kedua, yang mana turut menampilkan Siti Elizad, Fasha Sandha dan juga Zarul Umbrella sebagai watak utama.

Sumber: Media Hiburan

Tiada ulasan