"Saya Tak Hairanlah!" - Che Ta

Share:

Selebriti popular di Malaysia, Rozita Che Wan langsung tak ambil kisah jika pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain (Kak Zai) mengajak pereka fesyen lain memboikot tidak menaja bajunya.

Rozita Che Wan yang lebih mesra disapa Che Ta berkata sedemikian bagi mengulas tindakan Zaihani membalas komen pengikut di laman instagram miliknya yang menuduh pengurusnya menyebar cerita selain ajak boikot pengurusnya itu jika ingin pinjam baju.

Menurut Che Ta lagi, sebenarnya selama ini dia lebih selesa menggayakan koleksi sendiri tanpa mengharapkan tajaan daripada mana-mana pihak.

Ini komen Che Ta;

"Boleh kira tak sampai sebelah tangan pun nama pereka yang saya selalu pakai. Persoalan sekarang, adakah pereka nak dengar cakap dia? Sudah tentu kalau saya yang pakai baju mereka lebih meletup.

"Kalau dia ajak pereka untuk boikot saya, saya tidak hairan. Lagi pun saya ada banyak koleksi sendiri. Kalau Jakel adalah gudang kain, rumah saya pula adik kepada gudang. Jadi, ada saya kisah?"


Dalam masa sama, Che Ta juga memberitahu, sebenarnya artis yang menggayakan baju dari seseorang pereka, ianya turut membantu memperkenalkan hasil rekaan mereka.

"Tidak dinafikan, saya banyak membantu pereka untuk memperkenalkan nama mereka terutama dalam kalangan pereka baru.

"Dengan tindakannya itu, adakah pereka nak dengar cakap dia atau masih nak buat baju saya? Lagi satu, adakah dia membantu meningkatkan nama seseorang pereka?"


Diimbas kembali, Zaihani atau Kak Zai ada meminta rakan-rakannya tidak membenarkan pengurus Rozita daripada membuat pinjaman baju untuk artis di bawah sebuah syarikat pengurusan artis.

Ini tulisnya;

"Yang memulakan itu adalah pengurus artis. To be precise, manager Che Ta. Please ban him if he ever comes to you or any stylists nak pinjam baju untuk artis LOL,"

Ini pula respon Rozita di laman IG yang berang dengan Kak Zai:

"Kata dah mohon maaf, ka mohon propa? Ish ingat mulut ja jahat, rupanya hati perut pun busuk, luar dalam sama busuk, kedut macam lace beropol,"

Terdahulu, Zaihani telah menimbulkan kemarahan orang ramai apabila dia mengkritik individu berbadan besar.

Zaihani menyatakan kalau seseorang itu mempunyai berat badan melebihi 60 kilogram, tak payahlah datang ke fashion show kerana paha akan melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan.

Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan