Selepas Berpisah Dengan Zul Ariffin, Ini 5 Ciri Lelaki Idaman Zahirah MacWilson

Share:

Tatkala ini, antara pelakon cantik yang sedang membina nama di Malaysia ialah Zahirah Macwilson.

Baru-baru ini, Zahirah Macwilson telahpun berpisah dengan kekasih hatinya iaitu Zul Ariffin dan mereka berdua kini kembali berstatus single.

Maka secara rasminya, Zahirah Macwilson dan Zul Ariffin kembali terhangat di pasaran golongan single.

Okeylah, topik kali ini kita akan berbicara lebih tentang Zahirah Macwilson.

Setiap orang mesti ada ciri-ciri lelaki idaman masing-masing kan? Ada yang suka jejaka kaya, ada yang suka lelaki romantik, lelaki kacak, yang ada badan sasa dan lain-lain.

Berbeza dengan pelakon Zahirah Macwilson, dia mahukan lelaki yang mempunyai 5 ciri ini yang sedikit berbeza dengan kekasih sebelumnya itu.

PENDEDAHAN CIRI JEJAKA IDAMAN ZAHIRAH

Ini 5 ciri jejaka idaman yang dimahukan oleh Zahirah Macwilson:

1. Number one, kena respect my family, itu paling penting

2. Someone yang boleh support saya, tidak konkong dan tidak controlling

3. Yang kelakar, takde rupa pun tak apa sebab kadang-kadang ada rupa pun tak guna

4. Hati kena baik

5. Boleh jaga Ira sebaiknya


Itulah perkongsian dari Zahirah tentang ciri jejaka idaman nya. Kepada para lelaki di luar sana boleh lah take note ya sebab Zahirah dah senaraikan ciri-ciri lelaki idamannya.

Apabila artikel yang ditulis oleh Media Hiburan ini menjadi viral, Zahirah MacWilson berasa kelakar apabila membaca komen-komen netizen terhadap artikel itu.


RESPON BALAS ZAHIRAH MACWILSON

Zahirah turut bergurau kepada netizen yang berminat untuk mencuba nasib menjadi teman lelakinya agar menghantar resume.

Ini tulis Zahirah:

"Baru baca, semua komen anda sangat kelakar, haha. Uji bakat terbuka, hantar resume anda!"

Sementara itu, Zahirah turut menulis bahawa dia hanya bergurau dan meminta peminat tidak berbuat demikian.

"I'm kidding please don't" tulisnya menerusi hashtag.

ADA APA DENGAN ZIZAN DAN EBBY YUS?

Salah satu yang menjadi perhatian netizen apabila Zahirah bercakap mahukan seorang lelaki yang kelakar biarpun tidak mempunyai rupa paras yang kacak.

Yang kelakarnya, ada juga yang mencadangkan nama-nama pelawak popular yang masih bujang seperti Zizan Razak dan Ebby Yus sebagai calon paling sesuai.


Yelah, mereka berdua merupakan antara yang memiliki ciri jejaka paling kelakar di Malaysia yang masih single.

Dua minggu lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita putus cinta Zahirah dan aktor Titian Cinta Zul Ariffin selapas tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa.

Sumber: Media Hiburan / mStar

Tiada ulasan