Home Top Ad

Responsive Ads Here

Sempena Hari Lahir Mira Filzah, Zizan Razak Beri Hadiah Istimewa.. Jadi Tanda Tanya

Share:

Pelakon dan pengacara popular Mira Filzah kini baru sahaja menyambut hari kelahiran yang ke 25 tahun.

Tidak banyak gosip yang melanda pelakon comel ini namun yang paling diketahui ramai sudah tentu hubungannya dengan pelakon dan pelawak popular Zizan Razak.

Namun rata-rata tertanya-tanya apakah status terkini hubungan Mira Filzah dengan Zizan Razak ketika ini.

Sebelum ini, pasangan ini dikatakan sedang mengenal hati budi masing-masing.

Mira Filzah dan Zizan juga ada tampil di beberapa momen Insta stories masing-masing yang menguatkan lagi spekulasi mereka berdua sedang di lamun cinta.

Namun sejak akhir-akhir ini, Mira Filzah dan Zizan Razak jarang dilihat bersama, malah Zizan juga tiada di sambutan hari lahir Mira Filzah.

Oleh itu, ada yang mengatakan mereka kini sudah tidak lagi rapat.

Dalam menjawab perkara ini, Mira Filzah tampil mengatakan dan mengakui dia masih berkawan baik dengan pelakon serta pelawak Zizan Razak sampai sekarang.

Menurut pengacara Nona di TV3 dan pemilik nama sebenar, Nur Amirah Filzah Badioezaman itu, dia akui mereka jarang berjumpa kerana masing-masing sibuk dengan karier seni.

Ini komen Mira Filzah tentang hubungan dengan Zizan:

"Siapa kata hubungan kami sudah putus? Kami masih berkawan macam biasa. Cuma buat masa ini, masing-masing fokus pada karier seni dulu"

Mengulas bila hubungan mereka akan ke fasa seterusnya pula, Mira Filzah berkata, dia tidak akan merahsiakan perkara baik itu dari peminat.

"Apabila tiba masanya, insya-Allah, saya akan beritahu pada semua nanti,"

Ditanya apakah hadiah hari jadi yang diterima dari Zizan sempena sambutan hari jadinya pada 2 April pula, Mira berkata, dia tidak bersedia untuk berkongsi dengan peminat.

"Biarlah saya merahsiakan hadiah yang diberikannya pada saya,"

Walau ditanya, Mira masih mahu merahsiakan hadiah hari jadinya dari Zizan Razak. Sampai berahsia, sudah tentu hadiah yang diberikan amat istimewa.

Namun jawapan dari Mira tentang status hubungan mereka berdua ini cukup melegakan para peminat pasangan ini.

Masih ada 'chance' lagi mereka berdua akan bersatu, kalau ada jodoh lah. Semoga hubungan baik-baik sahaja.

Sumber: Harian Metro

No comments