Home Top Ad

Responsive Ads Here

Setelah 9 Tahun Berkahwin, Bienda Akhirnya Dedah Rahsia Kisah Pernikahannya

Share:
 
Setelah hampir sembilan tahun menyimpan rahsia, penyanyi Bienda akhirnya mendedahkan kisah di sebalik pernikahannya dengan suaminya, Kamarul Zariman Abd Rahman.


Anak kepada penyanyi dangdut Sheeda ini berkahwin dengan Kamarul yang merupakan seorang produser.

Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli berkata dia bernikah dengan Kamarul pada 10 Oktober 2009.

Namun tiada majlis resepsi perkahwinan dibuat, dan pasangan ini melangsungkan majlis persandingan selepas setahun bernikah.

Keputusan untuk merahsiakan tarikh pernikahan itu bukanlah kerana pasangan itu berkahwin di negara luar namun disebabkan mereka enggan menyusahkan pihak keluarga.

Ini pendedahan dari Bienda:

"Sudah tiba masanya saya berkongsi dengan semua orang yang kami telah bernikah pada 10 Oktober 2009 dan setahun kemudian barulah majlis persandingan diadakan.
 

"Saya merahsiakan perkara itu sebab tidak mahu menyusahkan keluarga. Ketika tu, fokus utama kami bekerja keras simpan duit untuk beli rumah dan barulah fikir pasal majlis sanding pula.

"Saya tak nak guna duit keluarga dan tidak mahu orang salah anggap kata saya tak ada duit nak minta simpati daripada mana-mana pihak"

Bienda berjata demikian apabila ditemui ketika di pertujukan fesyen Clarissa X Bienda dan pelancaran video muzik lagu terbarunya, Jaga Hati di The Glass Suite, Bora Ombak.

Tambah penyanyi ini lagi, majlis pernikahan mereka telah berlangsung di masjid bersebelahan rumah ibunya di Gombak dan bukanlah di Thailand seperti yang diperkatakan.

Ini jelas Bienda lagi:

"Kelakar apabila ada pihak cakap yang saya rahsiakan pernikahan sebab kahwin lari dekat Thailand. Sedangkan saya nikah di masjid sebelah rumah ibu di Gombak".

Sebelum ini, Bienda mengambil keputusan untuk berdiam diri apabila ditanya mengenai majlis akad nikahnya menyebabkan timbul pelbagai spekulasi.

Sepanjang perkahwinan, Bienda dan suami dikurniakan dua orang perempuan bernama Lavienda Namiraz, 6 tahun, dan Laxiendra Namiraz yang kini berusia 4 tahun.

Dalam pada itu, penyanyi yang pernah terkenal menerusi lagu Penantian ini teruja dapat melancarkan lagu terbaru, Jaga Hati selepas kecewa dengan album yang diterbitkan pada 2009 apabila ia tidak menjadi.

Lagu ini merupakan ciptaan DJ Fuzz ini dah lama disiapkan sejak setahun yang lalu namun banyak halangan kecil menyebabkan Bienda terpaksa mencari masa yang sesuai untuk dilancarkan.


Semoga Bienda terus sukses dalam bidang nyanyian ini.

Sumber: mStar

No comments