Setelah Lama Menyepi, Akhirnya Farah Breep Breep Buat Kejutan..

Share:


Sudah lama kita tidak mendengar penyanyi bekas bintang Akademi Fantasia musim kedua (AF2) iaitu Farah Diana Anuar.

Dalam perkembangan terkini, setelah sekian lama menyepi, akhirnya Farah buat kejutan apabila memberitahu bakal mengeluarkan single terbaru selepas sekian lama 'hilang' dalam dunia hiburan.

Farah Diana yang juga dikenali sebagai Farah Breep Breep akan mengeluarkan single terbaru yang akan dikeluarkan tidak lama lagi itu justeru menjawab semua  persoalan peminat yang sudah lama menantikan kemunculan lagu barunya.

Komen Farah:

“Alhamdulillah, saya sudah ada satu lagu yang dihasilkan oleh salah seorang 'junior' AF dan ketika ini saya sedang berlatih dengan demo lagu dihasilkanya.

“Siapa dia, saya tidak boleh lagi cerita buat masa ini kerana kebiasaanya kalau saya bercerita perkara itu tidak menjadi dan kali ini saya mengambil langkah selamat,"

“Jujurnya, buat masa sekarang saya tidak boleh berikan kata putus bila lagu ini akan dirakam atau dilancarkan kerana komposer berkenaan agak sibuk.

“Oleh itu kita akan tunggu waktu yang sesuai dan jika tiada halangan kita akan keluarkan single ini selepas Hari Raya bergantung kepada keadaan"

“Saya cuba hasilkan satu single baru untuk 'test market' dan sekiranya diterima baik oleh semua, saya akan teruskan"

Farah yang juga seorang pengacara dan juga penyanyi yang menyatakan bahawa lagu baru tersebut akan mengetengahkan genre muzik pop dan balada sesuai dengan peredaran muzik zaman ini.

Jelas beliau lagi semasa  ini dia memberi tumpuan penuh  kepada program pengacaraan dan dia masih lagi menerima undangan bila tidak mempunyai halangan.

Farah Diana Anuar dilahirkan pada  25 Januari 1985 di Kuala Lumpur muka dikenali menerusi Akdemi Fantasia iaitu sebuah rancangan realiti hiburan dari Astro.

Beliau juga telah mencapai populariti dengan menduduki tempat ke-4 dalam musim ke-2 rancangan realiti itu.

Dia kini telah berkahwin dengan pasanganya iaitu Johan Johari. Mereka mendirikan rumah tangga pada tahun 2011.

Sudah pasti ramai peminat Farah Breep Breep tidak sabar untuk mendengar semula suara nyanyian yang sudah lama menyepi. Semoga Farah akan tetap berjaya dengan apa bidang yang diceburi.

Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan