Home Top Ad

Responsive Ads Here

"Setiap Hari Anak Menangis" - Pendedahan Salma Mentor

Share:
 
Kisah perkahwinan pasangan selebriti Azri AF9 dan juga Salma Mentor telah diduga apabila ada isu melibatkan dakwaan mendera anak.

Azri AF9 atau nama penuhnya, Mohammad Azri Abdullah telah mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada anak tirinya.

Hakim telah menjatuhkan hukuman penjara 14 hari dan Azri turut didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Jumaat lalu.

Apabila suaminya dikenakan hukuman penjara, Salma ada meluahkan perasaanya. Kata Salma, anaknya menangis mencari bapanya itu.

Salma berkata anak bongsu mereka, Andi Raisya dilihat paling terkesan sejak ketiadaan suaminya di rumah.

Dalam masa sama, Salma berterima kasih kepada semua keluarga, rakan dan peminat yang tidak putus memberikan sokongan dan kata semangat.

Ini pendedahan dari Salma:

"Setiap hari anak-anak menangis cari bapa mereka. Saya juga kena kuat dan tidak boleh lemah depan mereka. Apa yang saya lakukan hanya mampu berdoa,"

"Macam Raisya, tengok saja muka pintu dia sebut Papa. Bangun tidur pun sama. Sebab sudah terbiasa. Kalau dia menangis, saya pun menangis sama.

"Anak lain pun rapat dengan suami. Dia tidak pernah bezakan anak sendiri dengan anak tiri. Dia berikan layanan sama rata.

"Disebabkan itu, saya kesal dan terkilan jika ada yang melemparkan kata-kata negatif terhadapnya. Mereka tidak tahu perkara sebenar dan apa berlaku,"


Salma atau Salmah A Asis, 27, berkata dia juga hilang selera makan dan tidur tidak lena sejak suaminya itu dijatuhkan hukuman.

Menurut Salma, dia juga perlu terus bekerja dan menebalkan muka menjayakan persembahan di Desaru, Johor kelmarin kerana itu adalah sumber pendapatannya sekeluarga.

Ini jelas Salma lagi:

"Dalam hati ini hanya Allah saja tahu. Namun, saya kena kuat dan teruskan bekerja kerana itu mata pencarian. Bukan saja anak-anak, malah saya juga setiap hari menangis.

"Saya buang perasaan malu untuk keluar bekerja kerana sudah dipersetujui lebih awal. Malah malam ini saya ada rakaman lagu baru. Bagi saya, kehidupan perlu diteruskan. Lagi pula, saya lebih tahu suami macam mana,"


Diimbas kembali, Azri AF9 dijatuhkan hukuman selepas mengaku bersalah mendera anak perempuan tirinya dengan mencelup kedua-dua tangan mangsa ke dalam air panas.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, mangsa yang ketika itu berumur sembilan tahun tidak mengaku mengambil coklat menyebabkan tertuduh mengambil sebuah periuk yang berisi air panas dan mencelup kedua-dua belah tangan anak tirinya itu.

Kejadian tersebut berlaku di sebuah pangsapuri di Seksyen 9, Subang Jaya, pada 8 pagi, 5 Mei 2016.

Untuk pengetahuan, Azri AF dan Salma Mentor berkahwin pada 31 Jan 2015 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Salma juga mempunyai dua anak iaitu mangsa dan seorang anak lelaki menerusi perkahwinannya yang  terdahulu.

Sumber: Harian Metro

No comments