Shahrol Shiro Tinggalkan Karier Untuk Balik Kampung

Share:

Pelawak dari kumpulan Shiro iaitu Shahrol kini telah kembali ke kampung halamannya iaitu Johor sejak Disember tahun lepas.

Shahrol Shiro menyatakan dia langsung tidak berasa kesal meninggalkan karier seninya di Kuala Lumpur dan pulang ke kampung halamannya di Johor

Bagi Shahrol Shiro. dia percaya rezeki itu datangnya dari Tuhan dan ianya berada di mana-mana.

Sebagai  manusia biasa, Shahrol memberitahu, dia hanya perlu yakin akan perkara itu.

Ini jelas Shahrol Shiro:

"Jujur pada awalnya memang saya rasa sayang dan berat hati tetapi saya percaya rezeki itu di tangan Allah dan saya bulatkan hati untuk pulang ke kampung.

"Alhamdulillah banyak perkara baik yang berlaku kepada saya sejak itu dan pelbagai rezeki datang kepada saya dalam pelbagai bentuk.

"Paling jelas adalah masa saya bersama keluarga selain dapat mendekatkan diri dengan peminat di negeri kelahiran saya,"

Salah satu punca Shahrol Shiro mengambil keputusan untuk kembali pulang ke Johor adalah apabila dia menerima tawaran sebagai penyampai radio Best FM yang berpengkalan di negeri itu.

Ini komen Shahrol:

"Tiga kali pihak pengurusan Best FM datang 'merisik' saya dan akhirnya baru saya membuat keputusan untuk terima kerana saya memang minat dalam bidang penyiaran radio tambahan pernah ada pengalaman sebelum ini.

"Walaupun di Johor Best FM semakin berkembang pesat dan saya lihat inilah peluang untuk saya pulang ke kampung dan berbakti kepada negeri saya sebagai penyampai radio.

"Alhamdulillah setiap minggu waktu saya terisi dengan pelbagai aktiviti berjumpa pendengar dan cakap di mana saya akan datang,"

Shahrol Shiro bersiaran menerusi segmen Skuad Pagi Best pada setiap Isnin hingga Jumaat dari pukul 6 pagi hingga 10 pagi.

Sejak kembali ke kampung halaman nya di selatan tanah air, Shahrol Shiro kini lebih banyak luangkan masa nya bersama keluarga dan insan tersayang.

Pelawak dan pelakon ini  juga telah memindahkan syarikat produksinya, Bushido Production ke negeri itu bagi memudahkan kerja-kerja produksi.
Sumber: mStar

Tiada ulasan