Home Top Ad

Responsive Ads Here

Siapakah Hafiz? Kekasih Istimewa Yang Hadiahkan Cincin Kepada Nelydia

Share:
 
Pelakon cantik manis, Nelydia Senrose menjadi bualan ramai ekoran satu gambar menunjukkan dia menerima cincin dari seseorang.

Ramai tertanya-tanya, siapakah yang memberi cincin itu. Akhirnya tuan punya badan menjawab persoalan orang ramai tentang isu ini.

Nelydia Senrose mengakui gambar cincin yang dimuat naik di laman sosial miliknya baru-baru ini adalah pemberian kekasih hatinya yang baru.

Namun begitu, Nelydia Senrose menafikan, dia sudah dirisik atau bertunang dengan jejaka yang dikenali sebagai Hafiz itu.

Ini penjelasan dari Nelydia Senrose;

"Cincin itu pemberian seseorang tapi saya belum dirisik atau bertunang lagi.
 

"Saya dan dia masih dalam fasa berkenalan, hubungan kami masih baru tapi sudah tentu saya mengharapkan pengakhiran yang baik"

Melalui laman media sosial miliknya, Nelydia Senorse sebelum ini berkongsi gambar cincin dan memuat naik caption mengambarkan dia kini sedang melalui fasa bahagia.

Mengulas tentang lelaki berkenaan, Nelydia berkata, dia mengenali Hafiz menerusi seorang rakan.

Ini komen Nelydia lagi:

"Kami berkenalan baru beberapa bulan daripada rakan-rakan tapi bukan Jejai yang kenalkan.

"Sebagai wanita saya sudah bersedia untuk berkahwin kerana saya bukan seorang yang main-main dalam sebuah hubungan. Saya harap semua doakan yang baik-baik untuk hubungan ini"


Dalam pada itu, ditanya status lelaki berkenaan yang didakwa bergelar jutawan, Nelydia berkata dia tidak tahu tentang perkara itu.

"Dia jutawan atau tidak saya tidak tahu kerana saya tidak pernah cek akaun bank dia. Dia seorang ahli perniagaan"

Katanya lagi, kekasihnya bernama Hafiz itu merupakan seorang ahli perniagaan yang berasal dari Pantai Timur.

Semoga hubungan ini semakin mekar dan pasangan ini sentiasa bahagia. Ramai peminat yang tak sabar nak tahu dengan lebih lanjut identiti Hafiz ini. Kita tunggu sahaja lah nanti.

Sumber: mStar

No comments