Silap Guna Perkataan Crispy - Juri MasterChef UK Akui Kesilapan, Beri Penjelasan

Share:

Kini sedang hangat diperkatakan tentang ayam rendang crispy oleh seluruh rakyat Malaysia.

Ini apabila ada seorang peserta Masterchef UK dikritik oleh juri Masterchef UK yang mengatakan ayam rendang yang dimasak olehnya tidak crispy.

Ini membuatkan ramai orang marah, kerana sepaptutnya ayam rendang sememangnya tidak rangup atau crispy. Perkataan crispy itu memang salah untuk rendang.

Nama juri itu ialah  Gregg Wallace yang terus menjadi bahan bualan orang ramai sejak beberapa hari lalu apabila mencetuskan kontroversi ‘rendang ayam crispy’ dalam rancangan MasterChef UK.

Kemudian seorang lagi juri iaitu John Torode turut dikecam kerana memperlekeh asal usul ayam rendang.

Panel juri, Gregg Wallace dan John Torode menerima kritikan berat di media sosial setelah menyingkirkan seorang peserta dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin yang memasak hidangan rendang ayam, dengan Gregg mengatakan ayamnya tidak ‘rangup’.

Antara yang lantang meluahkan rasa bengang tentang perkara ini ialah chef popular iaitu Datuk Chef Wan yang terus mengehntam kedua-dua juri Masterchef itu di laman media sosial miliknya.

Perkara ni  turut menarik perhatian Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan "mana ada orang makan rendang crispy".

Sementara itu Tun Mahathir turut memberi pendapatnya dengan mengatakan mungkin juri berkenaan tersilap dengan membezakan ayam rendang dengan KFC.

Terbaru, Gregg Wallace dan John Torode muncul dalam rancangan Good Morning Britain untuk berikan penjelasan sebenar berkenaan komen mereka terhadap hidangan Zaleha.

Ini videonya:



Bercakap kepada rancangan itu, Gregg berkata:

"Saya tidak bermaksud ia harus digoreng, seperti ayam goreng. Apa yang saya maksudkan ialah hidangan itu tidak cukup masak. Ia tidak dimasak dengan betul. Isinya putih dan lembab.

"Zaleha tersingkir bukan kerana kulit ayamnya tidak rangup. Dia tersingkir kerana tukang masak lain lebih bagus. Tukang masak yang terbaik pastinya akan melangkah ke hadapan."

"Rangup adalah perkataan yang salah, tetapi kulit itu tidak cukup masak"


Namun ianya masih menimbulkan kemarahan kerana sehingga kini juri berkenaan amat ego dan langsung tidak membuat permohonan maaf.

Seperti yang Chef Wan cakap, seharusnya jika tersilap cakap, haruslah meminta maaf sahaja.

Sumber:  Good Morning Britain

Tiada ulasan