Home Top Ad

Responsive Ads Here

Siti Elizad Mengamuk Teruk..Berang Dengan Perangai Seorang Pelakon Lain Di Set Penggambaran

Share:
 
Pelakon yang terkenal dengan lakonan yang bersahaja iaitu Siti Elizad berang apabila terpaksa menunggu pelakon lain selama empat jam untuk memulakan penggambaran drama bersiri Dian.

Siti Elizad berkata, kelewatan pelakon itu telah menyusahkan semua pihak yang hadir ke lokasi awal sejak pukul 8 pagi.

Kata Elizad lagi, dia tidak pernah berhadapan dengan situasi seperti itu dan berang dengan perangai pelakon berkenaan

Ini antara luahan berang Siti Elizad:

"Lewat satu jam boleh lagi nak dimaafkan. Sebabkan dia seorang lewat, semua benda jadi lambat.

"Sepatutnya kena ada di set pada pukul 8 pagi tapi dia sampai kul 12 tengah hari. Mana saya tak naik hantu tunggu lama.

"Sedangkan dalam satu hari boleh dapat lebih 18 babak tapi dah tengah hari ini satu babak pun tak dapat nak buat lagi,"


Elizad meluahkan rasa tak puas hatinya di laman media sosial:


Sebagai pelakon utama, Siti Elizad sudah bersiap sejak pukul 8 pagi namun pelakon pembantu berkenaan dikatakan datang lewat hampir empat jam ke set penggambaran.

Elizad menjadi bertambah marah dan mengamuk apabila pelakon tersebut datang dalam keadaan tidak bersiap dan paling teruk belum menghafal skrip.

Kata Elizad, pelakon tersebut bukanlah pelakon utama untuk drama yang akan ditayangkan di NTV7.

Ini pendedahan Elizad lagi:

"Kalau dia nak minta maaf bersungguh-sungguh sepatutnya datang dalam keadaan yang sudah bersiap sedia untuk masuk set terus.

"Tapi dia sampai dalam keadan tak siap lagi. Nak kena tunggu dia bersolek. Skrip pun tak hafal lagi.

"Dia bukanlah pelakon utama untuk drama ini tapi kenalah hormat masa orang lain juga yang boleh datang awal,"


"Bukan untuk pelakon sahaja. Mana-mana yang tak reti hormat masa orang lain itu, sila kerja sendiri.

"Jangan kerja dengan orang. Orang lain cari makan. Kesian yang lain kena menunggu,"

Selain Elizad, drama tersebut turut dibintangi oleh Qi Razali, Yasmin Hani, Fazlina Ahmad Daud, Adrea Abdullah, Aleeza Kasim dan Iman Corinne Adrienne.

Spekulasi terus hangat, siapakah agaknya gerangan pelakon yang kena marah dengan Siti Elizad itu ye?

Sumber: mStar

No comments