Siti Nordiana Dilamar Kahwin Oleh Suami Orang

Share:


Bekas perserta Gegar Vaganza, Siti Nordiana telah mendedahkan dia pernah dilamar oleh seseorang tetapi  terpaksa menolaknya kerana lelaki itu merupakan suami orang lain.

Jelas Siti Nordiana atau lebih mesra dikenali sebagai Nana, menyatakan bahawa  dia amat memahami perasaan wanita lain.

Dia akan sedaya upaya untuk mengelakkan daripada melayan dan terjebak dengan lelaki berstatus suami orang.

Ini komen dari Siti Nordiana:

"Pernahlah juga ada orang ajak kahwin tapi saya terpaksa tolak sebab dia itu suami orang. Lagipun, saya memahami perasaan wanita."

"Saya memang akan cuba mengelak daripada lelaki yang berstatus suami ni. Paling utama, jangan melayan mereka kalau mereka nampak berlebih-lebih."

'Kalau boleh saya tak nak cakap sangat tentang perkara ini. Sebab takut salah cakap, orang yang mengalami situasi itu terasa pula dengan kenyataan saya"

Penyanyi ini ditemui ketika di majlis majlis pelancaran muzik video lagu terbarunya, Hatiku Milikmu di Flora Terrace hari ini Isnin.

Siti Norduana  yang terkenal menerusi lagu Terus Mencintai ini adalah merupakan ibu tunggal yang mempunyai seorang anak lelaki yang bernama  Muhammad Nakhaie Rayyan yang kini berusia 10 tahun.

Bekas suaminya iaitu Allahyarham Mohd Faizal Yusup juga merupakan seorang pelakon dan sudah meninggal dunia akibat serangan jantung pada tahun 2011.

Pasangan ini bagaimanapun telah bercerai sebagai suami-isteri dan Allahyarham pula telah berkahwin lain. Sementara itu, Nana tmenyatakan dia teruja dengan pelancaran muzik video lagu terbarunya yang dijalankan penggambaran di Krabi, Thailand.

Juga di  sekitar Kuala Lumpur pada Mac lalu. Muzik video yang telah diarahkan oleh produksi Storytellers itu menampilkan dua pelakon lelaki yang kian meningkat popular iaitu Fikry Ibrahim dan Alvin Chong.

Jelas Nana lagi:-

"Alhamdulillah, muzik video lagu terbaru saya itu dah dilancarkan pada hari ini. Kami menjalani penggambaran di Krabi, Thailand dan Kuala Lumpur pada bulan lalu."

"Saya pernah bertanya pada peminat di Instagram, nak siapa untuk tampil dalam muzik video saya. Rata-rata mereka memilih Fikry dan Alvin".

"Kebetulan mereka berdua kawan saya, jadi lebih senang untuk bekerjasama,”

Klip  muzik video Hatiku Milikmu itu telah pun mencecah tontonan hampir 10,000 tontonan hanya dalam masa dua jam ia dimuat naik di saluran YouTube rasmi, Seventeen Eleven Music pada hari ini.

Bagus juga dengan tindakan Nana dalam menolak lamaran lelaki yang bergelar status suami orang. Ini adalah kerana menjadi isteri kedua bukan amat mudah tambahan pula Nana merupakan artis sudah tentu netizen akan mengata yang bukan-bukan. Asal kan Nana terus bahagia dengan hidupnya.

Sumber: mStar

Tiada ulasan