"Suami adalah takdir yang diberi" - Izreen Azminda Tak Pernah Menyesal

Share:

Pelakon Izreen Azminda telah memuatnaik satu luahan hati berkenaan kehidupan yang dilalui olehnya selepas berkahwin.

Luahan ini dimuatnaik oleh Izreen di laman Instagram miliknya tengah malam tadi.

Izreen Azminda menyatakan bahawa perkahwinan dengan Ude Wahid merupakan takdir dan jodoh yang sudah tertulis untuknya.

Sebagai hamba kepada Tuhan, Izreen menerima suami seadanya walaupun menerima dugaan.

Ini luahan dari Izreen Azminda:

Kalaulah hati milik mutlak diri sendiri.. Bukan milik Maha pencipta langit dan bumi.. Sudah tentu kau bukan pilihan hati.. Kalaulah perjalanan hidup ditangan sendiri.. Tanpa ketentuan dari Ilahi.. Sudah tentu aku susun cantik-cantik hebat-hebat untuk senang kemudian hari.

Kalaulah takdir itu boleh diubah mengikut hati... Sudah tentu aku tidak ada dalam keadaan ini.. Kalaulah ujian dan musibah sudah dijangka sejak azali.. Sudah tentu aku cuci bersih-bersih kilat-kilat sesungguh hati.

Tapi aku siapa??? Kau siapa??? Kita semua siapa??? Hanya hamba yang hina dan penuh keji.. Yang tidak dapat lari dari ujian ini.. Hanya ada kekuatan diri.. Untuk sabar dan redha sepenuh hati.

Apabila masih berpijak di muka bumi!! Dan KAU SUAMI adalah takdir yang diberi.. Menguji seluruh pelusuk dalaman dan hati.. Dihadirkan bersama cinta dan benci.. Bersama manusia menunding jari.. Ibarat mereka suci dan murni.. Tiada cela bersih hati.. Tersusun hidup di alam duniawi.. Mereka salahkan itu dan ini.. Menyimpang akidah tersasar ketepi!!! Sehingga marah takdir sendiri.

Sampai ketika sedar diri.. Itulah ujian harus ditempuhi.. Untuk menguji keimanan hati.. Masih berdiri atau sujud ke bumi.. Mendekatkan diri kepada Ilahi.. Memohon pertolongan menyembah diri.. Agar ketenangan memeluk hati.. Akhirnya jawapan telah diberi.. Inilah hakikat dunia realiti.. Yang wajib dan harus aku harungi.. Agar sentiasa lebih menghargai.. Setiap detik setiap hari.. Selagi nafas tidak terhenti... Bersama suami yang amat dicintai.. Kurniaan indah dari Ilahi... Yang tidak penah aku kesali.. Walau secebis atau seinci.. Untuk bersama ke akhir nanti.

Terima Kasih Ya Allah rezeki ini.. Setiap ujian aku hargai.. Sebagai pengajaran dikemudian hari.. Sehingga bahagia keakhir nanti... Sesungguhnya Kau Maha Mengetahui.. Sebaik baik perancang keatas kami... Perjalanan hidup dan mati kami... Untuk sekalian hambaMu ini.. Aminnn.. #coretanbuatsuami #kitadankehidupankita #haluankita #carakita #duniakita

Izreen Azminda menjadi tempat kemarahan orang ramai ekoran kes penceraian Ude Wahid dengan isteri pertama iaitu Intan Liana.

Sehingga kini, Izreen masih belum membuka ruang komen setelah menerima kecaman hebat dari para netizen.

Sumber: IG Izreen Azminda

Tiada ulasan