Home Top Ad

Responsive Ads Here

TAHNIAH! Faye Kusairi Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Share:


Siapa yang tak kenal dengan Faye Kusairi iaitu isteri kepada Azmi Hatta iaitu seorang pengarah yang popular.

Azmi Hatta juga merupakan bekas suami kepada penyanyi dan pelakon Elly Mazlin atau lebih di kenali dengan nama Kak Lina Pom Pom.

Menurut laman sosial Instagram Faye Kusairi telah selamat melahirkan bayi lelaki di pusat perubatan swasta di Rampai Puteri, Sri Rampai, Kuala Lumpur, pada 9 April yang lalu.

Faye atau nama sebenarnya ialah Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi berasal dari Miri, Sarawak.

Di samping menjadi pelakon beliau juga seorang model dan juga pemandu kereta lumba.

Faye Kusairi Jelas dia bayinya lahir seberat 3 Kg dan di lahirkan secara normal pada jam 10.45 malam.

Dia turut berkata:-

"Saya dimasukkan ke bilik bersalin pada 5 petang, Isnin lalu dan selepas bertarung selama enam jam, akhirnya, saya selamat melahirkan bayi lelaki.

"Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur kepada Allah kerana anak kami sihat dan cukup sifatnya."

"Setakat ini, kami tidak nampak lagi, wajah anak kami iras muka saya atau suami lagi."

"Kami juga sama-sama untuk memilih nama anak dan sepakat untuk menamakan bayi kami, Alif Azmi yang bermaksud kawan rapat,"

"Selepas selesai tempoh berpantang, saya akan kembali berlakon jika ada tawaran nanti. 

"Insya-Allah, jika tiada sebarang masalah, saya juga ingin kembali bekerja,"

Menurut isteri kepada pengarah drama Azmi Hatta ini juga menjelasakan bahawa dia kini menjalani tempoh berpantang di rumah emaknya di Bukit Antarabangsa.

Pelakon ini  iaitu Faye juga telah berkongsi berita gembira serta wajah bayi sulungnya itu menerusi laman sosial Instagram miliknya pada hari Khamis lalu.

Jelas pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba ini dan suami turut juga meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka. Faye dan Azmi Hatta telah dinikahkan pada 9 April 2017 dalam majlis serba tertutup di kondominium D'Pines, Jalan Ampang dengan kehadiran  ahli keluarga terdekat sahaja.

Nama Faye Kusairi dan juga Azmi Hatta pernah menjadi perbualan hangat apabila rumahtangganya bersama Elly Mazlin. Faye di katakan telah merampas Azmi Hatta dari Elly Mazlin namun berita itu di tepis sekerasnya dari pihak Azmi Hatta sendiri.

Semoga dengan hadirnya cahaya mata baharu ini akan membuatkan pasangan ini sentiasa bahagia dan gembira dalam apa jua bidang yang di lakukan. Sekalung ucapan tahniah buat pasangan ini yang baru sahaja menimang cahaya mata comel.

Sumber: Metro

No comments