Tayang Gambar Mesra, Izreen Dan Ude Dikecam Teruk Tak Hormati Perasaan Bekas Isteri

Share:


Mula mengaktifkan semula akaun Instagram masing-masing, nampaknya pasangan Izreen Azminda dan Ude Wahid sudah beberapa kali memuat naik gambar romantis bersama.

Namun gambar "tayang mesra" mereka dikritik hebat oleh peminat yang masih berang dengan kontroversi sehingga Ude menceraikan isteri pertamanya Intan Liana.

Disebabkan ruangan komen pada akaun Ude dan Izreen masih ditutup, peminat yang berang memberi komen meluahkan rasa geram di laman media sosial Rotikaya.

Ramai berpendapat Izreen dan Ude tidak perlu terlalu menunjukkan kebahagiaan mereka pada ketika ini kerana Ude dan bekas isteri, Intan Liana baru sahaja bercerai.

Tambah mereka, pasangan itu sepatutnya lebih sensitif dan menjaga perasaan bekas madu mereka itu yang masih kesedihan dan dalam fasa mahu move on.

Ada yang mendakwa, pasangan ini telah menutup ruangan komen mereka kerana takut dihentam tapi pada masa yang sama masih ingin menunjuk kebahagian kepada orang ramai di media sosial.

Ini antara komen panas dari para netizen:

cikdayuunfd: "Wahai @izreen.azminda mcmna kau boleh hidup bahagia lpas kau hancurkan hidup org yg sekaum dgn engkau??? KAU TAKDA HATI KA TINO? PUAS HATI KAU SKG NI?? PUASSS?? SUATU HARI NANTI XMUSTAHIL LAH SI @udewahid NI XBUAT BENDA YG SAMA MCM APA DIA BT KAT INTAN! DASAR PENYONDOL"

amoi_senget_jr: "Bahagia atas derita org lain"

dillaban30: "yela paling..sbb musnahkn hdup popuan. 2-2 ni boleh terjun lombong.. hanat punya manusia. tak tau malu"

eieyna00: "Rampas laki orang memang bahagia"

raif_danish: "menyampah aku tengok"

ieda_azida: "Euwwwwwww"

emidyna: "Serius aku dulu aku minat betul dgn izreen ni sb dia sempoi n gila2.pastu bila jd cmni aku mcm whattt?? Mula2 tu fikir xperla intan pun dah redha dia dimadukan maybe niat si ude nk lindungi ibu tunggal tup tup ceraikn intan wth..mmg dah jodoh n ketentuan tp tuhan bg otak utk berfikir mane baik mane buruk.. Baru 4 years kot, so husbnd n wife n hidup bersama 20,30 tahun 100% masing2 perfect ker? Takkan...so? Penceraian is the best solution? Are u perfect?"

msnorzie: "Ude ni yang tak bertanggung jawab,sebenarnya mesti semua keje umah jaga anak serah kat intan dulu, padahal buat anak pandai pulak sama2 yela tanam benih je tak, anak tu tanggung jawab ibubapa, ingat ya bukan setakat bagi makan minum pakai, didikan kasih syg tu lagi penting untuk2 ygkan membesar, ni tak dah menjauh. Bodoh punya jantan"

lenscantik_lensmurah: "Masa mula2 kawin ngn isteri pertama pun, pasangan paling bahagia gak. Bila dh ada yg ke2 jd apa? Sama la yg ni pun. Moga kali ni jaga laki betul2. Sbb laki awk jenis senang tergoda. Bahaya u.. Tgk je hal bekas suami nora danish. Tglkn yg pertama, cr yg ke2, pastu tglkn yg ke2 cr yg baru. So sama je. Laki mcm ni x pnh puas. Akan sentiasa slhkn perempuan. Patut as a husb, cmne buruk pun, ko yg kne bentuk keluarga ko. Bkn bila ada maslh, mudah cr yg bru. Tu pun para wanita x leh pikirkn. Mudah je ambil hak org. Jgn ckp soal hati wei.. Tu kita sendiri leh adjust, klu kita pikirkn perasaan org lain."

mamariena1994: "Kesian anak dia. Nanty dah skola. Kawan ajuk dia mak awak perampas ke. Haish. Anak jd mangsa.

a.nooraida: "bahagia merampas kebahagian orang"

Itulah antara komen dari para netizen yang dilihat masih marah dengan pasangan suami isteri ini.

Rata-rata masih lagi mengecam tindakan Izreen dan suaminya Ude Wahid.

Apapun semoga perkara ini menajdi ihktbar buat semua.

Sumber: Rotikaya

Tiada ulasan