Terkesan Dengan Baby Sakit Kronik, Nedim Mahu Tanggung Kos Perubatan 100%

Share:


Nedim Nazri merupakan anak kepada Menteri Pelancongan Malaysia iaitu Datuk Seri Nazri.

Nama Nedim kini lebih dikenali setelah bernikah dengan pelakon popular tanah air yang amat popular iaitu Nora Danish.

Kini Nedim atau lebih mesra disapa Boss Ned, telah pun mempunyai seorang anak kecil setelahisterinya itu melahirkan bayi lelaki baru-baru ini.

Naluri dan status sebagai seorang ayah mendorong Nedim Nazri untuk membantu seorang bayi yang menghidap penyakit ekzema yang agak teruk dan kritikal.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram lawak ker der, admin page berkenaan telah memuat naik screenshot posting seorang lelaki bernama Danial Rayyan.

Dalam posting itu, Danial meminta doa dari orang ramai buat anaknya.

Menurut posting berkenaan, Danial Rayyan menjelaskan anaknya menghidap ekzema kritikal dan perlu dirujuk setiap minggu ke hospital untuk rawatan.

Ini tulisnya:

"Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat.. Anak saya disahkan menghidap penyakit Ekzema kritikal. Saya tak sampai hati melihat baby menangis setiap hari menanggung kesakitan. Setiap minggu baby refer di HSA JB. Saya mohon doakanlah anak saya semoga sembuh dari penyakitnya. Terima kasih,"



Orang ramai memberi komen mendoakan agar bayi ini sihat dan kembali pulih.

Namun komen Nedim paling mencuri perhatian.

Nedim pada bahagian komen memaklumkan sedia menaja kos perubatan bayi berkenaan termasuk kos pengakutan mereka ke Kuala Lumpur.

Ini tulsi Nedim:

"Salam. Boleh periksakan budak kena ekzema tu. Saya nak sponsor sepenuhnya untuk berjumpa doctor saya di KL. Saya akan tanggung hotel, penerbangan untuk ibu dan bapa, dan juga kos perubatan. Terima kasih,"

Nedim juga turut meminta netizen memaklumkan hasratnya itu kepada ibu bapa bayi berkenaan kerana dia tidak mempunyai akaun Facebook.

Dalam pada itu, rata-rata para pengguna laman media Instagram memuji usaha dan niat murni Medim Nazri itu.


Ini antara komen balas dari pengguna yang lain:

mrhafiz_j: "@boss_ned semoga bantuan bro dirahmati Allah. Alhamdulillah."

aunijulita: "semoga @boss_ned sentiasa dlm lindungan Allah."

mamalisyaa: "@boss_ned Alhamdulillah..semoga murah rezeki awak dan dipermudahkan urusan,dan juga bby cepat sembuh ya.."

Tindakan Nedim ini sememangnya amat terpuji dan mulia, semga Nedim dan keluarga sentiasa murah rezeki dan diberi kesihatan yang baik.

Untuk pengetahuan, Nedim sendiri mempunyai dua anak lelaki, seorang hasil perkahwinan dengan Nora dan seorang lagi hasil perkahwinan terdahulu.

Sumber: IG Lawak Ke Der

Tiada ulasan