TERKINI: Pengumuman Mengejutkan Dari Ummi Nazeera

Share:

Pelakon manis, Ummi Nazeera telah berkahwin dengan Dr. Mohd Izzar Anwari Abdul Khani pada 23 Julai tahun lalu.

Kini setelah sembilan bulan bergelar isteri orang, akhirnya pelakon Ummi Nazeera mengesahkan khabar angin yang sedang bertebaran tentang dirinya.

Ummi Nazeera telah membuat kenyataan dan mengesahkan bahawa dia kini sedang hamil anak pertama dan bakal bergelar ibu.

Pelakon yang popular menerusi drama Nur Kasih ini berkata, dia kini sedang hamil empat bulan dan dijangka bersalin pada Oktober depan.

Ini pengumuman dari Ummi Nazeera:

"Alhamdulillah saya sudah empat bulan satu minggu hamil dan ia memang berita yang sangat menggembirakan"

Ummi atau nama penuhnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 28 tahun, berkata, pada awalnya dia tidak menyedari dirinya berbadan dua namun ada satu kejadian yang membuatkan mengetahui hal berkenaan.

Ketika  menjalani penggambaran filem Gol Dan Gincu Vol 2, Ummi telah mengalami kecederaan dan berjumpa dengan doktor.

Kata Ummi, ketika berkunjung ke klinik untuk mendapatkan rawatan, doktor mengesyaki dia hamil namun selepas ujian dilakukan keputusannya samar.

Ini pendedahan Ummi Nazeera:

"Saya berjumpa doktor untuk membuat X-Ray apabila kaki saya tercedera ketika berlatih bermain futsal untuk salah satu babak salam Gol Dan Gincu.

"Bagaimanapun doktor yang juga rakan kepada suami saya bertanya sama ada saya hamil namun saya kata tidak pasti.
 

"Dia meminta saya membuat ujian kehamilan namun keputusannya agak samar-samar,"

Kemudiannya, tiga hari selepas itu, ummi Nazeera sekali lagi membuat ujian kehamilan dan keputusannya telah mengesahkan dia sememangnya hamil.


Tahniah diucapkan buat Ummi Nazeera dan juga suaminya yang merupakan seorang doktor perubatan.

Semoga segalanya dipermudahakn buat Ummi Nazeera.

Sumber: mStar

Tiada ulasan