Home Top Ad

Responsive Ads Here

Tindakan Mulia!! Suami Nora, Nedim Tunai Janji Bantu Bayi Sakit Ekzema Yang Kronik

Share:

Kecoh seketika apabila Nedim Nazri iaitu suami kepada pelakon popular jelita iaitu Nora Danish menyatakan hasrat untuk membantu seorang bayi yang menghidapi penyakit ekzema yang dilihat di media sosial baru-baru ini.

Tindakan tersebut dilihat oleh segelintir netizen bahawa ia sesuatu tindakan mulia namun ada segelintir yang berkata bahawa ia hanya gimik serta janji kosong.

Namun ternyata itu tidak benar sama sekali. Bukan tipu atau sekadar cakap kosong, Nedim Nadzim atau lebih dikenali dengan panggilan Bos Ned itu telah menunaikan janjinya bagi  menanggung kos rawatan seorang bayi yang menghidap ekzema kronik.

Pada hari ini, Bos Ned yang merupakan usahawan terkenal itu telah membawa bayi serta keluarganya bagi menjalani pemeriksaan dan sekali gus mendapatkan rawatan yang sewajarnya di salah sebuah pusat perubatan swasta.

Menurut ayah kepada bayi itu Danial Rayyan, telah berkongsi berita gembira buat keluarganya menerusi laman sosial Facebook miliknya dengan memuat sekeping gambar bersama keluarganya bersama dengan Nedim.

Antara kapsyen yang di kongsikan melalui gambar tersebut:-

“Terima kasih Boss Nedim dan Nora Danish sebab sudi bantu kami. Semoga Allah luaskan rezeki kamu sekeluarga,”

Hasil daripada perkongsian tersebut ternyata ia teleah menarik perhatian ramai para pengikutnya di laman tersebut. Ramai para netizen yang mendoakan perkara terbaik buat bayi itu serta memuji keprihatinan serta sikap pemurah Nedim yang sudi menolong masyarakat yang dalam kesusahan.

Jika sebelum ini  Nedim ada menyuarakan hasratnya bagi membantu menanggung kos rawatan bayi itu sebaik sahaja dia mendapat tahu tentang kesusahan  yang dilalui bayi kecil itu.

Bukan sahaja kos rawatan, tetapi Nedim juga turut menampung perbelanjaan hotel serta pengangkutan bagi kedua ibu bapa bayi tersebut sepanjang mereka berada di Kuala Lumpur.

Atas usaha dan bantuan orang ramai, Nedim telah berjaya menghubungi kedua ibu bapa bayi tersebut dan berjaya memberi bantuan seperti yang dijanjikan.

Ternyata ini adalah amalan yang sangat mulia dan amat di tuntut dalam agama islam sendiri. Kita membantu masyarakat yang dalam kesusahan tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Semoga apa yang di tunjuk oleh Nedim dapat di contohi oleh ramai lagi netizen di luar sana.

Kepada bayi ekzema tersebut, semoga cepat sembuh seperti sedia kala dan moga bayi serta keluarganya akan menghargai bantuan yang di terima dengan sewajarnya.

Sumber : Sinar Harian

No comments