"Tunggu sahaja hari konvokesyen berlangsung kelak" - Dato Boy Iman

Share:
 
Pelakon, penerbit dan usahawan Datuk Norul Iman A. Rahman atau dikenali sebagai Dato Boy Iman kini terpalit dengan satu lagi kontroversi.

Kali ini ianya melibatkan satu post di laman IG miliknya yang menunjukkan seakan dia merupakan calon yang mendapat PhD dari Universiti Malaya.

Namun, pihak Universiti Malaya telah membuat penafiand an mengatakan tiada nama seperti Boy Iman yang menjadi calon PhD di universiti tersohor Malaysia itu.

Apabila menjadi bualan ramai, Dato Boy Iman enggan mengulas lanjut tentang kontroversi apabila perkongsian mengenai status pendidikannya peringkat Doktor Falsafah (PhD) di laman sosial dinafikan pihak Universiti Malaya (UM).

Ketika dihubungi laman portal Utusan Online hari ini, Dato Boy Iman berkata, dia meluahkan rasa hairan kerana sering menjadi sasaran netizen, malah tertanya-tanya kesalahannya terhadap komuniti sehingga teruk dikecam.

Ini komen Boy Iman:

"Saya rasa dah macam Raja Viral. Semua yang saya lakukan akan menjadi perbualan banyak pihak. Serba salah jadinya.
 

"Biarlah masa menentukan. Tunggu sahaja hari konvokesyen berlangsung kelak"

Terdahulu, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Universiti Malaya (UM) hari ini, pihak universiti telah membuat semakan dan menafikan bahawa terdapat nama Boy Iman didaftarkan sebagai calon ijazah berkenaan.

Ini kenyataan pihak UM:

"Pihak UM ingin menarik perhatian berhubung status pendaftaran calon Doktor Falsafah Noruliman A. Rahman dalam bidang Pentadbiran Perniagaan (secara penyelidikan).
 

"Selepas semakan dibuat, tiada pendaftaran atas nama individu ini sebagai calon Doktor Falsafah di UM"

Sebelum ini Boy Iman menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik foto memaparkan kad pelajar yang tercatat namanya dengan logo Universiti Malaya bersama tesis penyelidikan universiti itu.


Boy Iman sebelum ini mencetuskan fenomena apabila ditahan pihak polis kerana tuduhan menipu berkaitan pembinaan rumah yang mana pihak PPIM turut masuk campur.

Datok Boy Iman juga pernah di troll dan digelar "Dr Belon" kerana sebelum ini ada begitu banyak belon di pentas ketika majlis konvo yang menganugerahkan PhD kepada Boy Iman.

Sumber: Utusan

Tiada ulasan