Upload Video Fathia Solat Dalam Kereta, Ridzokumura Dedah Perkara Sebenar Tentang Pelakon Itu

Share:
 
Ketika ini sedang viral video pelakon jelita Fathia Latiff sedang solat di dalam kereta. Video yang viral ini dimuatnaik oleh seorang pengguna laman Instagram bernama Ridzokumura.

Pendandan rambut yang hanya mahu dikenali sebagai Ridzokumura mengakui berasa bersalah apabila video Fathia Latiff sedang bersolat dalam keretanya menjadi tular kerana perbuatannya berkongsi rakaman itu.

Katanya lagi, dia tidak berniat untuk menjadikan pelakon berkenaan sebagai bahan kecaman, sebaliknya ingin berkongsi kebaikan yang tidak diketahui masyarakat tentang wanita itu.

Ini penjelasan dari Ridzokumura:

"Dia tidak tahu tentang video yang saya muat naik petang semalam (Rabu) menjadi tular di Internet. Dia sendiri terkejut bila ditanya wartawan semalam (Rabu).
 

"Saya pula rasa bersalah dan kasihan dekat dia terus menjadi bahan perbualan di media sosial"

Pemilik salun rabut Ridzokumura yang juga rakan kepada Fathia itu diminta penjelasan tujuan dia memuat naik video berkenaan yang mencetuskan pertikaian dalam kalangan netizen.

Katanya, sebagai seorang kawan, dia berasa kagum dengan pelakon berkenaan yang tidak meninggalkan ibadah wajib itu di mana sahaja.

Ridzokumura  berkata dia berkawan rapat dengan pelakon itu sejak tujuh tahun lalu.

Ini komennya lagi;

"Saya hanya ingin berkongsi dengan pengikut raman sosial saya tentang Fathia yang orang luar tidak tahu. Dia seorang budak yang baik.

"Dia lebih banyak tahu tentang agama dan keluarga dia juga orang yang baik-baik. Sejujurnya saya sendiri kurang ilmu berkaitan agama berbanding dia.

"Sebab itu saya kagum sangat dan ingin buka mata orang luar tentang diri Fathia tidak seperti mana orang lain fikirkan"


Sementara itu, menjelaskan keadaan yang berlaku di dalam kereta, Ridzokumura menceritakan situasi bahawa dia dan Fathia dalam perjalanan ke majlis pertunjukan fesyen dan mengejar waktu Asar yang sudah semakin habis.

Katanya, mereka juga terperangkap di Lebuhraya Persekutuan akibat kesesakan lalu lintas sehingga membuatkan aktres itu terpaksa bersolat di dalam keretanya.

Ini pendedahannya:

"Kami dari Subang ke Kuala Lumpur dan waktu Asar ketika itu sudah nak habis dan kami masih berada dalam kesesakan lalu lintas di Lebuhraya Persekutuan"

Sebelum ini, video pelakon Fathia Latiff sedang bersolat di dalam kereta menjadi perbualan hangat netizen.

Fathia menjelaskan solat yang dilakukan di dalam kereta adalah urusannya dengan Allah dan tidak menyedari perbuatan itu dirakamkan oleh rakannya.

Sumber: mStar

Tiada ulasan