(VIDEO) Anak Mithali! Fattah Amin Photo Shoot Dengan Ibunya.. Buat Ramai Sebak

Share:

Fattah Amin merupakan satu nama yang cukup gah dan besar di industri hiburan tanah air ketika ini.

Pelakon ini jelas membuktikan kehadirannya di duni seni lakonan dengan memenangi Anugerah Bintang Paling popular tahun lalu.

Malah karyanya juga diterima ramai dengan drama lakonannya meletup-letup termasuk juga filem terbarunya KL Special Force yang menjadi box office.

Yang terbaru, Fattah Amin sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil photo shoot dengan insan paling istimewa dalam hidupnya iaitu ibunya.

Fattah Amin telah menghadiri sebuah sesi photoshoot bersama Majalah Keluarga dan yang menariknya ibu Fattah turut terlibat dalam sesi pengambaran tersebut.

Cara Fattah melayan ibunya membuatkan ramai terkesan, ada yang cair dan ada yang sebak.

"Manjanya Fatah Amin dengan ibunya" - itulah antara kata-kata yang ditulis oleh peminat Fattah Amin.

Amat jelas, Fattah merupakan seorang yang manja dan sangat menghormati ibunya.

Memang tidak hairanlah mengapa Fazura terpikat hati dengannya. beruntung betul Fazura kan dapat bersuamikan Fattah Amin.

Aksi Fattah menenangkan ibunya ketika di set pengambaran juga sungguh comel! Fattah meminta ibunya melakukan teknik tarik dan lepaskan nafas untuk nampak lebih natural ketika bergambar.

Dalam pada itu, ada juga netizen yang tersentuh dan mengalir air mata melihat teletah Fattah yang cukup mengambarkan dirinya seorang anak yang baik.

Ini videonya:


Aduh memang tidak dinafikan comel betul tengok photoshoot ini berbunga-bunga hati orang yang melihat kemesraan Fattah dan ibunya.

Ini antara komen netizen:

samuderakasih: "Abdul Fattah seorang anak... penyayng dan brtngungjawab dgn kluarga...doa yng baik-baik juga menjadi anak yang soleh dari dunia dan juga akhirat... Aamiin YRA..."

zalehant: "Suka tengok fattah. Dgn istri manja dan dgn ibu pun manja."

zahas_collection: "Ya Allah sejuk perut ibumu fatta..semoga kasih sayang ini sentiasa diberkati dan semoga rumahtangga fatta dan fazura beroleh kebahagiaan berpanjangan"

sitiadawiyahaida: "mmg sweet sgt comel"

hamimah3092: "bila tengok fattah ni betul cakap air mata saya mengalir.tak tau kenapa rasa sebak. anak sebaik ni terima pelbagai thomahan dari setiap penjuru. klau la saya boleh bantu nak saya pikul sikit bebanan dia. apaapapun doa saya agar dirinya sentiasa diberkati Allah."

maksiti52: "entah kenapa..sememang nya tenguk muka fattah rasa sebak rasa nya dia buat sesuatu dgn ikhlas rasa nya..dsn penuh kaseh sayang..ya..Allah bershukur sangt dia ada keluarga baik 2 dan paling beruntu ng dia pilih fazura jadi isteri nya bertuah sangat syabas fattah semoga kau sentiasa di lindungi Allah amin"

Semoga hubungan Fattah Amin dan ibunya ini menjadi teladan buat semua orang di luar sana.

Sememangnya menjaga ibu bapa adalah satu perkara yang amat penting dalam kehidupan.

Sumber: Media Hiburan

Tiada ulasan