(VIDEO) Fathia Latiff Solat Dalam Kereta Jadi Bualan.. Ini Respon Pelakon Ini

Share:

Kalau dengar nama Fathia Latiff, sudah tentu orang ramai akan kaitkan dengan beberapa kontroversi panas yang melibatkannya.

Semalam, satu lagi video yang melibatkan pelakon cantik, Fathia Latiff menjadi viral dan bualan hangat.

Ianya tentang video Fathia Latiff bersolat dengan memakai gaun, di dalam kereta yang sedang bergerak.

Video ini terus menjadi persoalan dari para netizen.

Apabila ditanya tentang hal ini, Fathia Latiff tampil memberi respon. Pelakon ini menjelaskan dia mengerjakan solat yang dilakukan di dalam kereta adalah urusannya dengan Allah.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30 tahun, berkata, dia juga tidak menyedari perbuatan itu dirakamkan oleh rakannya.

Ini komen ringkas dari Fathia Latiff:

"Saya kerjakan solat kerana Allah bukan kerana manusia. Maaf saya tidak tahu aksi saya dirakam"

Pelakon yang mula menjadi popular menerusi lakonan mantap dalam drama Ariana Rose itu, mengerjakan solat di dalam kereta ketika dalam perjalanan ke pertunjukan fesyen Primavallet yang diadakan di Hotel Majestic.

Video solat itu dimuat naik oleh rakannya iaitu penggaya rambut popular bernama Ridzokumura di Instastory pada petang Rabu dan mendapat tontonan yang banyak sekaligus menjadi tular sekelip mata.

Ridzokumura menulis dalam caption menerusi Instagram miliknya mengatakan Fathia melakukan solat ketika mereka terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selain waktu solat juga hampir habis.

Ini video berkenaan:


Menerusi laporan dari portal mStar, melakukan solat fardu dalam kenderaan dibolehkan dengan syarat seseorang itu benar-benar berhadapan dengan kesukaran iaitu kegagalan mencari tempat bersesuaian menunaikan solat selain perlu menghadap kiblat dan dalam keadaan berwuduk.

Namun jika tidak dapat menghadap kiblat atas sebab-sebab tertentu, maka seseorang itu perlu menyakini telah menghadap ke arah kiblat.

Untuk keterangan lanjut, kita tunggu ahli agamawan untuk mengulas tentang hal ini lebih lanjut.

Apapun, tahniah buat Fathia latiff yang tak lupa untuk melakukan perkara wajib walaupun sibuk dengan urusan dunia.

Sumber; mStar

Tiada ulasan