(VIDEO) Fesyen "Terdedah" King Coco Di Majlis PrimaValet Curi Perhatian Ramai..

Share:
 
Lama tak dengar kisah tentang insta famous King Coco yang pernah menjadi viral dan dikenali ramai kerana tampil dengan video mempunyai pelat Bahasa Melayu seakan orang luar negara namun dikhabarkan hanya dibuat-buat.

King Coco atau nama penuhnya Marshaira Binti Ismail juga pernah mengaku mempunyai a lot of mix (banyak darah campuran), dan sebab itulah dia mempunyai pelat yang lain dari yang lain.

Wanita ini bertambah popular dan menjadi terkenal sekelip mata apabila telah berkahwin sebagai isteri kedua kepada Captain Azrin.

Dalam perkembangan terbarunya, King Coco dilihat telah menghadirkan diri ke satu pertunjukkan fesyen yang dibuat oleh Primavalet.

Ternyata kelibat King Coco di acara pertunjukkan fesyen itu mencuri perhatian ramai.

Malah King Coco juga ada berkongsi gambarnya ketika berada di majlis berkenaan termasuk beberapa momen melalui IG Story miliknya. King Coco hadir ke pertunjukkan itu bersama suami tercinta.

Melalui satu video live dari Facebook Media Hiburan, King Coco tampil dengan badan yang langsing setelah bergelar ibu sejak hujung tahun lepas. Kata King Coco, anak sulungnya itu kini sudah berumur 6 bulan.

Apabila dia tanya tentang tips kurusnya, King Coco mengatakan itu adalah rahsia dan enggan mendedahkannya.

Ini videonya:


Untuk pengetahuan, Primavalet membuat pertunjukkan "Fashion Hub Raya 2018" yang mana ia menampilkan koleksi terbaru Glam Lebaran Raya eksklusif untuk tahun 2018!

Semua koleksi ini akan tiba berperingkat peringkat bermula 1 Mei sehingga Ramadhan ini di kesemua outlet PrimaValet, ejen-ejen di seluruh Malaysia dan online di www.primavalet.com

King Coco dan suami Azrin bernikah pada awal tahun 2017 dan majlis berlangsung di Hampshire Place, Ampang.

Wanita ini merupakan isteri kedua kepada Captain Azrin.

Sumber: IG King Coco / FB Media Hiburan

Tiada ulasan