(VIDEO) Ifa Raziah Pakai Gaun Ketat Singkat Dikecam.. "Dah Kurus, Pakai Macam Ni Pula"

Share:


Selebriti Ifa Raziah, 43 tahun kini telah tampil menjadi semakin langsing dan menjadi amat kurus. Ramai yangmemuji penampilan terbaru Ifa Raziah yang kurus ini.

Apabila ditanya tentang tips untuk mendapatkan bentuk badan sepertinya, Ifa Raziah memeprkenalkan satu produk yang dijual olehnya.

Namun baru-baru ini, Ifa Raziah dikritik kerana memperagakan pakaian singkat ketika mempromosikan produknya itu.

Ifa Raziah kemudian tampil mempertahankan tindakannya memuat naik video di laman Instagram (IG) memaparkan dirinya tampil terdedah dengan gaun ketat singkat dan tanpa lengan.

Video berdurasi 15 saat itu menjadi viral sejak semalam itu dan menerima kritikan serta kecaman dari para  netizen yang menyifatkan penyanyi, pelakon dan pengacara itu tidak beriman dan melampau-lampau dalam mempromosikan produknya.

Ini videonya;


Ini antara komen dari netizen:


Pengacara ini berkata sebenarnya, video itu sengaja dimuat naik kerana ingin membuktikan dirinya sudah kurus dan bukan menggunakan teknik edit.

Ini komen Ifa Raziah:

"Niat saya memang nak tunjuk. Selama ini saya buat promosi produk di IG orang cakap gambar hasil suntingan. Malah tunjuk gambar sebelum dan selepas pun orang tak percaya.

"Apabila saya tunjuk penampilan sebenar, orang kecam pula. Kalau tak tunjuk kata saya propa dan menipu. Kenapa susah sangat nak terima hakikat yang saya sudah kurus?

"Lagi pula dalam video berkenaan saya bukannya berbogel. Orang kita terlalu cepat menjatuhkan hukum tanpa ambil tahu cerita sebenar.

"Kalau yang menonton video 'live' saya pada waktu berkenaan, pasti tahu,"


"Pada hari video dirakam, kebetulan saya dan suami menyambut ulang tahun perkahwinan ke-14, Selasa lalu. Jadi, anak, keluarga dan peminat hadir memberikan kejutan.

"Memandangkan majlis dibuat di jakuzi rumah, saya ambil kesempatan rakam video itu. Sebenarnya, gaun itu ada lapisan luar. Namun, disebabkan ia labuh jadi tidak sesuai untuk berjalan atas air.

"Lagi satu, sebelum ini pun saya pernah pakai baju tanpa lengan. Kenapa tidak ada yang tularkan? Adakah sebab ketika itu saya gemuk atau tak cantik?"


Walau teruk dikecam, Ifa berterima kasih kepada pihak yang menularkan video terbabit kerana dalam sehari produknya yang membantu menurunkan berat badan habis terjual sebanyak 1,000 kotak.

Sumber: Harian Metro

Tiada ulasan