(VIDEO) Izreen Azminda, Ude Wahid Tayang Gambar Percutian Romantik Di Bali.. SWEETNYA!

Share:

Masa berganti masa, kini kisah panas dan penuh kontroversi melibatkan perkahwinan pelakon popular iaitu Izreen Azminda dan juga pemuzik bebas Ude Wahid serta Intan Liana semakin mula menjadi redha.

Kemarahan orang ramai terhadap pasangan ini kerana Ude Wahid menceraikan isteri pertama iaitu Intan Liana kini sudah sedikit demi sedikit menjadi pudar seiring dengan berlalunya peredaran masa.

Intan Liana yang mendapat simpati ramai di atas nasibnya yang kini bergelar ibu tunggal, kini dilihat sudah pun move on denagn kehidupannya.

Setelah bercerai, bekas isteri Ude Wahid ini semakin kuat dengan semangat dan sokongan yang diberikan oleh orang ramai dan masyarakat.

Rezekinya juga dilihat semakin murah dan mencurah-curah dengan pelbagai tawaran yang diterima dari pelbagai jenama untuk mengambilnya sebagai duta atau model produk.

Antara yang paling diketahui ramai adalah kolaborasi antara Intan Liana dengan Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris.

Usawahan berstatus jutawan ini telah mengambil Intana Liana sebagai model untuk produk tudung dan hijab keluarannya. Syukur rezeki murah buat Intan.

Sementara itu, pasangan suami isteri Izreen Azminda dan Ude Wahid kini dilihat juga telah move on dengan kontroversi yang melanda.

Dalam perkembangan terbaru, Izreen Azminda dan juga Ude Wahid dilihat telah berkongsi beberapa gambar percutian mereka baru-baru ini.

Ini gambar percutian mereka di Bali:


Gambar-gambar ini dimuatnaik oleh pasangan ini di laman IG milik mereka sejak beberapa hari yang lalu.

Mereka berdua dilihat sedang menikmati percutian penuh romantik di beberapa lokasi di pulau Bali, Indonesia.

Jika dilihat dari beberapa gambar yang dikongsi, ternyata pasangan ini sedang mengecapi bahagia dan jelas amatlah sweet.

Menerusi satu caption, Ude Wahid menulis: "Honeymoon, My Love"

Semoga Izreen Azminda dan suami sentiasa berbahagia selalu.

Sumber: IG Izreen / Ude

Tiada ulasan