(VIDEO) Ucapan Rita Rudaini Sempena Hari Lahir Anaknya Buat Ramai Sebak..

Share:
 
Sememangnya, bergelar seorang ibu tunggal kepada dua orang anak bukanlah satu perkara yang amat mudah.

Demi mencari rezeki buat anak, si ibu akan membanting tulang menyediakan segala keperluan insan tersayang.

Itulah yang berlaku kepada selebriti popular iaitu Rita Rudaini yang kini bertanggungjawab menggalas peranan sebagai ibu dan juga sebagai seorang bapa.

Isu yang melanda Rita Rudaini dengan bekas suaminya, pemain bola sepak Aidil Zafuan memang diketahui ramai.

Kini, kes mereka dikatakan telah selesai dan Rita Rudaini kini menumpukan segalanya buat anak-anaknya yang semakin membesar.

Baru-baru ini, sempena menyambut ulang tahun kelahiran Airit Qaqa Arjuna, Rita Rudaini menerusi laman Instagramnya memuatnaik video kompilasi gambar Arjuna dari kecil.

Malah, netizen ternyata terkesan dan juga berasa amat sebak dengan ucapan yang disertakan untuk caption video tersebut. Memang mampu menitiskan air mata membacanya.

Ini nukilan luahan hati Rita Rudaini:

Walaupun kamu hilang satu dakapan di masa usia kecil mu..... Tapi satu pelukan masih ada.... Jangan risau anakku, tak pernah sesekali pelukan itu akan lepaskan mu.

Walau dalam susah dan senang peluk kuat-kuat sang Arjuna ku... Kerana pelukan itu akan makin erat dan kuat... Love MOMMY

Selamat Hari Jadi 'AIRIT QAQA ARJUNA'

Ini videonya:

A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on


A post shared by Rita Rudaini (@ritrud727) on


Diruangan komen, ramai para netizen yang menulis rasa sebak melihat video yang dikongsikan oleh Rita Rudaini apatah lagu latarbelakang yang mengiringi video terbabit, memang amat kena untuk mengusik hati orang ramai.

Lagu berkenaan berjudul Sesungguhnya Aku nyanyia dari penyanyi hebat, Aliff Satar yang dicipta oleh Faizal Tahir.

Ini antara komen yang ditulis:

"Ya allah...kasih adik beradik...smoga abg n adik smpai besar mcm ni ye...smoga abg n adik brjaya dunia dan di akhirat kelak...dilindungi allah sentiasa.. 

"Sedihnye..menitik air mata tgk video ni.. xpela arjuna..ade abg n mommy pun dh ckup ley bhagia kan arjuna..big hugs for u handsome boy 

"Kenapa mata kita masok habukk ni 

"Sedihnye..hepi bsday dik mok...moga berjaye dunia n akhirat..

Apapun semoga Rita Rudaini dan anak-anak nya berbahagia selalu.Selamat hari lahir diucapkan kepada anak Rita Rudaini!

Sumber: IG Rita Rudaini

Tiada ulasan