Home Top Ad

Responsive Ads Here

Waheeda Wassini Aktif Semula Dalam Bidang Seni

Share:


Sebut sahaja nama Waheeda pasti ramai yang kenal. Dia yang telah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pendakwah bebas, Akhil Hayy, nama Waheeda terus  lenyap daripada industri seni tanah air negara.
Bayangan serta kelibatnya langsung tidak nampak di mana-mana majlis hiburan. Namun baru-baru ini, WaheedaWassini telah dijumpai  ketika dia menghadiri program Gema Gegar Vaganza musim pada kedua (GGV2).

Apabila di tanya ke mana dia menghilangkan diri  selama ini penyanyi ini telah memberitahu bahawa dia cuma  menyambung kerja yang tertangguh yang diitinggalkan dahulu iaitu menerbit dan cipta lagu.

Ini komen dari Waheeda:-

"Saya berhenti sekejap daripada segala-galanya sebab mencari jawapan pada soalan, 'kenapa aku Islam?' sebab dalam perjalanan hidup ada banyak pertanyaan yang saya sendiri tak boleh nak jawab tapi saya mengakui saya Islam."

"Jadi saya ambil masa untuk belajar al-Quran dan sunnah serta melalui hidup sebagai seorang isteri dan ibu sepenuh masa membesarkan anak-anak ustaz ketika itu yang diamanahkan kepada saya."

"Dalam masa yang sama, saya juga terlibat dengan perniagaan dan usrah. Cuma mungkin sekarang all out untuk muzik dan perniagaan."

"Usrah pun masih lagi berjalan dan dalam perancangan untuk menulis sebuah buku,"

"Banyak cabaran dan dugaan sepanjang hampir 10 tahun ini. Sehingga satu ketika saya meminta ALLAH untuk tolak saya ke mana Dia hendak tolak saya dan saya akan mengikut sahaja."

"Bermula pertemuan semula suami saya dengan Ezlynn tahun lalu, jadi dari situ ALLAH buka ruang kepada pertemuan dengan rakan-rakan artis dan pemuzik yang lain"

"Semua kerja ALLAH, kita tak tahu apa perancangan Dia tetapi doakan mudah-mudahan saya dapat melihat hikmah di sebaliknya dan berkembang,"

Dia mengaku bahwa merindui rakan-rakannya  dalam industri tetapi semua ini adalah perancangan ALLAH sampailah rakaman muzik kini serius dan dalam penerbitan.

Menurut Waheeda, dia kembali aktif semula dalam bidang seni ini adalah kerana  kefahaman dia yang lebih mengenai Islam dan akan sentiasa membawa Islam bersamanya

Dia juga ada menyatakan bahwa  dia juga ada perancangan untuk bertemu dengan David Teo dan turut tidak lupa kepada Datuk Prof. Dr. A. Razak Mohaideen dan keluarganya untuk berbincang dengan lebih lanjut.

Sumber: Sinar Harian

No comments