Home Top Ad

Responsive Ads Here

Yana Samsudin Perabis RM20 Ribu Jalani Rawatan Kesuburan, Namun Masih Gagal

Share:


Siapa lagi yang tidak kenal dengan pelakon jelita Yana Samsudin yang kini agak kurang aktif berlakon kerana sibuk fokus terhadap keluarganya.

Pelakon ini juga telah berkahwin dengan pasanganya iaitu adik kepada pelakon Farid Kamil pada 13 Febuari 2015.

Perkembangan terbaru Yana Samsudin kini aktif mengacara sebuah rancangan CJ Wow Shop di Tv9.

Yang terbaru tentang Yana Samsudin, selebriti ini telah mededahkan bahawa dia kini sedang merancang untuk menambah cahaya mata kedua.

Menurut Yana Samsudin dia telah berhabis duit sebanyak RM20,000 bagi menjalani rawatan kesuburan Intrauterine Insemination (IUI) dalam untuk mendapatkan anak kedua.

Yana Samsudin juga berkata, dia telah pergi membuat rawatan itu di sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur dan telah melakukan kaedah itu sebanyak tiga kali. Namun sehingga kini masih belum mengandung.

Ini komen Yana Samsuddin:-

“Kali terakhir menjalani rawatan pada bulan lalu namun usaha itu tidak berjaya. 

 “Jujur saya sedih dan menitiskan air mata kerana memang mengimpikan untuk mendapat zuriat lagi."

“Saya anggap belum rezeki bersama suami untuk menimang cahaya mata kedua. Allah ada perancangan terbaik untuk setiap hamba-Nya,”

“Doktor menyarankan saya berehat dahulu sebelum mencuba rawatan kesuburan lain." 

“Buat masa ini, saya banyak sibukkan diri dengan bekerja."

"Bagaimanapun saya selalu berdoa dikurniakan anak secepat mungkin dan tidak akan putus asa,”.

“Saya mula jalani rawatan ini sejak November tahun lalu. Doktor memberitahu punca kegagalan kaedah itu kerana saya aktif bergerak,”

Jelas pelakon dan pengacara itu, apabila  gagal menjalani rawatan tersebut  sebanyak tiga kali telah doktor menasihatinya untuk berehat seketika sebelum meneruskan ke rawatan kesuburan yang lain.

Yana juga menyatakan bahawa punca dari  kesibukan dia bekerja adalah  punca rawatan tersebut tidak lagi berjaya.

Dia yang juga dilantik sebagai juri pertandingan video pendek, Smart Selangor 2018, telah mendirikan rumahtangga dengan Fadzil Zahari serta  dikurniakan cahaya mata lelaki, Aisy Mateen, yang berusia dua tahun.

Semoga Yana Samsudin tabah serta tidak berputus asa untuk mendapatkan zuriat yang ke dua dalam masa terdekat.

Sumber : Harian Metro

No comments