Home Top Ad

Responsive Ads Here

Yusuf Iskandar, Anak Hairul Azreen Jadi Mangsa

Share:
 
Pelakon Hairul Azreen Idris kini tampil dengan beberapa filem terbaru yang melibatkannya dengan watak seorang yang tegas.

Pelakon berumur 29 tahun ini akui terbawa-bawa perwatakan serius dalam diri tanpa disedari akibat penangan membawa watak pegawai dalam beberapa filem berkaitan anggota beruniform.

Dia hanya menyedari hal ini setelah dirinya telah ditegur oleh beberapa rakannya.

Ini pendedahan dari Hairul Azreen:

"Ketika penggambaran drama Pelangi Cinta baru lalu, saya ditegur beberapa rakan pelakon yang mengatakan perwatakan saya terlalu serius padahal watak dibawa seorang yang romantis dan 'cheeky'.

"Kemudian saya sedar, ia berkemungkinan berpunca daripada watak pegawai beruniform yang saya lakonkan untuk tiga filem berkaitan 'back-to-back' (tanpa henti),"


Malah, kerana terbawa dengan watak tegas, hal itu turut membuatkan dia memarahi anaknya, Yusuf Iskandar seperti seorang pegawai tentera apabila anaknya itu berkelakuan nakal.

Hairul Azreen mendedahkan hal ini ketika hadir di majlis tayangan perdana filem Qhaliq. Menerusi filem Qhaliq, dia membawa watak seorang pegawai bomba.

Kemudian, Hairul Azreen tampil  dalam filem Paskal yang masih dalam proses penggambaran, yang mana dia membawa watak seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari unit komando Paskal.

Selain itu, Hairul Azreen  juga terlibat dalam filem yang dijangka meletup di wayang iaitu filem Polis Evo 2, gandingan Shaheizy Sam dan juga Zizan Razak.

Hairul memegang watak pegawai polis dari Unit Tindakan Khas dalam filem Polis Evo 2 yang masih di dalam proses suntingan.

Oleh kerana terlalu banyak memegang watak 'berat', Hairul Azreen kini merancang untuk berehat seketika dalam dunia lakonan pada satu tempoh yang belum ditentukan lagi untuk meluangakan masa bersama keluarganya.

Sumber: Harian Metro

No comments