3 FOTO: Jep Sepahtu, Sari Yanti Umum Nama Anak, Tayang Wajah Anaknya Yang Comel..

Share:

Minggu lepas, masyarakat Malaysia terutama para peminat industri hiburan tanah air menerima satu berita yang amat menggembirakan.

Pelawak popular Jep Sephatu selamat bergelar bapa apabila isteri tercinta, pelakon jelita Sari Yanti selamat melahirkan anak perempuan.

Kehadiran baby ini merupakan anak pertama buat Jep Sepahtu manakala anak yang ketiga buat Sari Yanti.

Cukup seminggu kelahiran anaknya, pelawak yang juga penyampai radio Sinar FM telah berkongsi gambar anaknya di laman sosial.

Jep Sepahtu juga telah mengumumkan nama untuk puteri sulung mereka itu. nama yang diberikan ialah Dariya Inara.

Foto lihat di Instagram milik Jep Sepahtu

Memang comel betul wajah anak jep Sepahtu dan Sari Yanti ini. Siap ada gambar tengah tersenyum lagi.

Nama yang diberi iaitu Dariya Inara juga amat indah dan membawa maksud yang cukup hebat.

Dariya is an indirect Quranic name for girls that means good-mannered, lady-like, intelligent, perceptive. It is derived from the D-R-Y root (to understand, to perceive, to treat well) which is used in many places in the Quran.

Nama Dariya juga bermaksud belajar. Ini sememangnya nama yang amat baik untuk anak perempuan. Akar dan asal-usul nama ini dikaitkan dengan bahasa Arab. Maksud nama yang baik dan ibu bapa boleh memberikan nama Dariya untuk bayi perempuan yang baru lahir mereka.

Inara is an indirect Quranic name for girls that means illumination, enlightenment, to bring light into darkness. It is derived from N-W-R (light, fire) root which is used in many places in the Quran and is the root for an-Nour (Light), one of the 99 Names of Allah and the name of Chapter 24 of the Quran.

Nama Inara juga bermaksud berkarisma dan juga pinta.

Di ruangan komen, rata-rata peminat Jep Sepahtu dan Sari Yanti gembira dapat menatap wajah anak pasangan ini.

Jep juga tak putus-putus menerima ucapan tahniah dari para netizen di atas  kedatangan ahli keluarga baru ini.

 Menariknya, anak mereka turut berkongsi tarikh lahir yang sama dengan pelawak, Rahim.

Pasangan ini telah disatukan pada 25 Februari 2017 di Dewan Mercu Mustapha Kamal. Majlis diadakan secara tertutup untuk keluarga dan kenalan rapat sahaja.

Sumber: IG Jep Sepahtu

Tiada ulasan