AKHIRNYA Buat Pertama Kali, Fendy Bakry Luah Rasa Hatinya..

Share:
 
Pelakon drama bersiri Mr Grey iaitu Fendy Bakry kini sedang menjalani rawatan untuk penyakit misteri yang dialami olehnya.

Penyakit ini menjadi bualan ramai kerana tidak dapat dirawat sepenuhnya di hospital dan Fendy di bawa pulang ke kampung halaman untuk menerima rawatan alternatif.

Ketika ini, keadaan Fendy Barky dikatakan semakin beransur pulih.

Dalam perkembangan terkini, melalui laman media Instagram miliknya, Fendy Bakry telah muat naik satu nota ringkas melalui Insta Story.

Ini tulis Fendy Bakry:

"Sungguh hebat kasih sayang Allah buat hambanya.. tak pernah meminta dan dipinta tapi Allah sentiasa memberikan pada yang dikehendakinya."

"Terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan dan juga yang support career saya tanpa jemu.. Nilai kasih sayang anda semua saya simpan baik-baik."

"Moga ada hikmah dan rahmat di sebalik semua ini.. Aamin ya rabb"

Itulah nukilan hati dari pelakon utama Mr Grey iaitu Fendy Bakry yang kini masih berada di Perlis.

Kesihatan pelakon ini mula merosot ketika di hari-hari akhir penggambaran drama bersiri ini.

Fendy pada mulanya mengadu sakit kepala dan tidak beberapa sihat dan ada mendapatkan rawatan di hospital ketika penggambaran.

Namun, pelakon ini tetap menggigihkan diri dan menghabiskan penggambaran drama Mr Grey.

Kata pelakon wanita drama ini iaitu Eyra hazali, dia perasan Fendy kelihatan kurang sihat dan ingatkan pelakon ini sedang penat, tak disangka rupanya Fendy sebenarny sakit.

Keluarga Fendy sebelum ini telah mengesahkan pelakon berkenaan berada di kampung halaman untuk merawat penyakit berkenaan.

Ada satu ketika, kesihatan Fendy dikatakan merosost sehingga tidak dapat bercakap dengan baik.

Syukur kini kesihatan pelakon berusia 29 tahun ini semakin beransur pulih.

Semoga Fendy Bakry kembali sihat seperti sedia kala. Mari ramai kita doakan buatnya.

Sumber: IG Fendy Bakry

Tiada ulasan