"Aku Kerja Buruh, Kerja Bancuh Simen Untuk Cari Makan" - Amy Search

Share:

Sempena sambutan Hari Pekerja pada 1 Mei yang lalu, penyanyi popular bertaraf legenda, Amy Search berkongsi pengalamannya ketika mula-mula bekerja dan mencari sumber rezeki.

Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 60 tahun berkata dia tidak akan lupa hari pertama bekerja sebagai buruh kasar di tapak perumahan di Johor Bahru.

Menurut vokalis kumpulan Search itu, daripada pekerjaan itulah bermula perjalanan kisah hidupnya di usia muda.

Amy mendedahkan bahawa dia pernah bekerja sebagai buruh membancu simen sehinggalah menjadi mat despatch di dua buah syarikat di Johor ketika muda.

Ini perkongsian Amy Search:

"Kerja pertama aku sebagai buruh kasar di tapak perumahan baru di Taman Iskandar, Pasir Pelangi dengan budak-budak kampung aku.

"Mana lagi budak kampung Bakobatu la. Hari pertama mula kerja bancuh simen tak akan aku lupa sebab itu bermula perjalanan cerita cari makan aku.

"Daripada buruh kasar aku jadi seorang pengimpal,"


"Lepas puas berpanas terik berhujan aku kerja pejabat jadi mat despatch di dua buah firma accountant and lawyer di Komtar, Johor Bahru.

"Kerja yang terakhir sebelum aku ke dunia seni aku kerja sebagai piano tuner di Yamaha Music.

"Hari ini bila aku toleh belakang aku senyum sebab dengan impian, doa dan restu yang bawa aku ke sini," 


"Buat semua peminat #Malaysia #Indonesia #Singapore #Brunei aku ucapkan Selamat Hari Buruh. Moga Allah merahmati kita semua. Selamanya #amysearch #phewiiit," 


Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian, itulah peribahasa yang sesuai buat Amy Seacrh.

Dengan berbekalkan impian, doa dan restu, Amy terus menjadi penyanyi legenda sebagai vokalis kumpulan rock Search dan kini mampu tersenyum melihat dirinya yang dahulu.

Bersempena Haru Buruh, Amy turut memberi ucapan kepada semua peminatnya di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei.

Tahniah buat Amy Search.

Sumber: mStar

Tiada ulasan