Azmin Ali Dedah Punca Kemenangan Pakatan Harapan

Share:
 
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ternyata gembira dengan kejayaan parti Pakatan.
 
Azmin telah menyatakan beberapa faktor sebagai punca kemenangan Pakatan Harapan.

Antaranya ialah kecurangan pengurusan kewangan di Putrajaya, skandal 1MDB dan kos sara hidup yang tinggi.

Menurutnya, Pakatan Harapan berjaya menyakinkan para rakyat tentang perkara berkenaan dan beliau gembira kerana penerimaan rakyat dengan dasar parti yang diberikan.

"Rakyat telah berikan harapan kepada Harapan untuk mengubah negara kita.

"Kita juga telah memutuskan Harapan dibentuk, dalam tempoh 100 hari, cukai barang dan perkhidmatan akan dihapuskan,"

Azmin Ali berkata demikian selepas sidang media pengumuman kejayaan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum kali ke-14.

Tambah Azmin Ali, beliau turut mengakui pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap rakyat serta anggota Umno selain pengalaman lama dalam kerajaan menjadi faktor kejayaan Pakatan Harapan.

Selain itu, Azmin Ali turut meluahkan rasa syukurnya kepada rakyat negara ini di atas keputusan bersejarah ini dengan tumpasnya Barisan Nasional buat pertama kali setelah 60 tahun memerintah.

"Ini yang dinantikan bahawa rakyat Malaysia setelah sekian lama menantikan perubahan secara keseluruhan bagi memastikan Malaysia ditadbir secara bertanggungjawab," Itulah antara kata-katanya.

Semoga maju jaya buat Pakatan Harapan yang kini menerajui kerajaan negara Malaysia.

Diimbas kembali, Azmin Ali telah menang di kawasan Bukit Antarabangsa yang mana adiknya selebriti tempatan iaitu Azwan Ali turut bertanding sama.

Sebagai penyandang kawasan berkenaan dalam pilihanraya yang lalu, Azmin Ali akhirnya dimumkan telah menang besar dalam pertandingan sebanyak 5 penjuru itu.

Azwan Ali yang merupakan seorang pengacara popular telah mencuri tumpuan kerana berjanji sedekah rendang yang dimasaknya sekiranya menang.

Tiada ulasan