Home Top Ad

Responsive Ads Here

Azri AF Dibebaskan Dari Penjara, Anak Peluk Erat

Share:


Setelah dua minggu selesai menjalani hukuman di penjara, penyanyi yang dicungkil bakatnya dari rancangan Akademi fantasia musim ke sembilan iaitu Azri telah pun dibebaskan.

Azri berasa kesal dan mengakui pengalamannya berada di dalam penjara memberi pengajaran berguna untuk buatnya.

Kini penyanyi ini tekad untuk meneruskan kehidupan dan mengalas tanggungjawab sebagai bapa dan suami dengan lebih baik.

Ahli keluarga dilihat telah hadir untuk menerima kepulangan dan pembebasan Azri dari penjara Kajang.

Antara yang hadir ialah isterinya bersama anak-anak dan ibu yang setia menunggu detik pembebasan bintang AF ini.

Sebaik sahaja dibebaskan, Azri dan isterinya, bekas juara Mentor, iaitu Salma Asis berpelukan kegembiraan.

Kemudian, Azri dilihat memeluk erat anak-anak termasuk anak tiri yang dikatakan menjadi mangsa dera itu.

Dalam pada itu, pasangan ini menasihati orang ramai di luar sana dan para netizen supaya tidak menokok tambah cerita yang tidak betul tentang apa yang berlaku.

Katanya, biar mereka saja yang tahu hal sebenar berlaku dalam rumah tangga.

Ini komen Azri setelah dibebaskan:

"Alhamdulillah, ini satu pengalaman dan pengajaran buat saya. Saya terima semuanya dengan hati terbuka. Tiada apa yang menarik pun di dalam penjara.

Bercerita mengenai kehidupannya di dalam penjara, Azri menceritakan dia akan lebih menghargai isteri dan anak-anaknya.

Ini jelasnya:

"Memang serik, lepas ni dah tak mahu masuk lagi. Namun saya lega kerana semuanya sudah selesai, saya harap netizen tidak lagi bercerita mengenai kes ini.

"Bila saya duduk di dalam tu, biasalah, selaam kita kat luar kita macam macam boleh dapat. Bila kat dalam, banyak kekurangan, orang kat dalam tu tak merasa apa kat luar... pengalaman. Syukur berada di luar penjara.

Mereka juga memerlukan sokongan moral dari masyarakat untuk meneruskan kehidupan dan dihentikan segala fitnah yang sengaja direka-reka mengenai rumah tangga pasangan ini.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-9, Azri dipenjara selama 14 hari dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen.

Azri atau nama sebenarnya Mohammad Azri Abdullah didakwa telah mencelup kedua-dua tangan anak perempuan tirinya di dalam air panas sehingga dimasukkan ke wad selama 19 hari selepas mengalami kecederaan yang serius.

Hakim Norshila Datuk Kamaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Azri, 31, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama perbicaraan kesnya.

Semoga Azri dan Salma akan menruskan kehidupan seperti biasa selepas ini.

Sumber: mStar Online

No comments