"Dah jadi lembu.." - Che Ta Mengamuk Dengan Stesen TV..

Share:
 
Semua orang ingat senang untuk bergelar sebagai seorang artis. Dari mata kasar, nampak macam artis ni hidup senang dan mempunyai habuan yang banyak.

Namun, kadangkala banyak juga cabaran menjadi artis ini terutama dalam meminta bayaran.

Sebelum ini, pelakon hebat, Nabila Huda pernah meluahkan perasaannya terhadap produksi drama tempatan yang masih mengenakan bayaran yang rendah walaupun sara hidup ketika ini boleh tahan juga tingginya.

Dalam perkembangan terbaru, seorang lagi pelakon iaitu Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta telah meluahkan perasaannya.

Baru-baru ini, Che Ta turut memuatnaik Insta Stories yang juga berkaitan dengan bayaran.

Melalui luahan hati Che Ta, ternyata dia bengang situasi yang menimpanya gara-gara masih tidak menerima bayaran daripada pihak stesen televisyen, stesen TV mana, tidaklah pula didedahkan.

Ini luahan dari Che Ta;

"TV stesen ni bila jemput kita buat program, janji payment 2 minggu, 5 bulan pun belum nampak bayang RM! Kalaulah kita ni hidup duduk menghadap duit keluar TV, lama dah jadi lembu makan rumput tepi jalan!"


Mujurlah Che Ta sememangnya sudah menceburi bidang perniagaan sejak sekian lama, jadi adalah back up sebagai punca pendapatan.

Che Ta memang terkenal dengan produk minyak wangi keluarannya yang menjadi fenomena dan mendapat smbutan hangat.

Malah suaminya iaitu Zain Saidin, lebih banyak menguruskan bisnes nya iaitu Zapatos.

Namun, apa yang dikongsikannya ini, pastinya turut dirasai rakan selebriti lain yang turut lewat mendapat bayaran daripada stesen TV.

Jadinya, kepada selebriti semua, sementara masih laku, usahalah untuk mencari mata pencarian lain bagi menampung kehidupan yang tidak tahu turun naiknya di masa mendatang.

Apapun, semoga Rozita Che Wan akan dapat bayaran yang telah dijanjikan oleh pihak stesyen televisyen kepadanya.

Tak baik buat orag yang sudah bekerja tertunggu-tunggu gajinya.

Sumber: Ig Che Ta / Rotikaya

Tiada ulasan