Dakwaan Dah Kahwin Dua, Ini Kenyataan Rasmi Dari Ustaz Don

Share:
 
Penceramah selebriti yang amat popular, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid secara tiba-tiba dikatakan kononnya sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Apabila isu ini menjadi viral, ternyata Ustaz Don Daniyal terkejut apabila dikaitkan dengan dakwaan terbabit.

Ustaz Don akhirnya telah tampil memberi kenyataan tentang hal ini untuk menjelaskan perkara sebenar.

Penceramah berumur 34 tahun ini berkata, sekiranya benar, dia tidak akan menyembunyikan perkara itu, apatah lagi namanya dikenali ramai dan pasti perkara itu sampai ke pengetahuan umum.

Ini komen dari Ustaz Don tentang dakwaan ini:

"Mana ada saya kahwin dua? Kalau betul saya kahwin lagi, saya tak akan sorok. Untuk apa sembunyi kerana lambat-laun pasti orang akan tahu.

"Pasti ada yang akan dedahkan kerana saya dikenali ramai. Lagipun, perkahwinan itu perkara yang baik. Setakat ini, tidak pernah pula saya dengar gosip seperti ini. Terkejut juga saya apabila ditanya," 


Diusik adakah isterinya, Husna Mohd Zahry, 29 tahun, akan teras hati sekiranya mendapat tahu mengenai gosip itu, Ustaz Don berkata, sebagai wanita, berita seperti itu pasti menimbulkan perasaan kurang senang.

Ini komen dari Ustaz Don:

"Kalau isteri dengar gosip seperti ini, dia mungkin akan marah. Tetapi, saya tahu dia bagaimana. Jika ada perkara yang tidak pasti, dia akan bertanya dahulu.

"Jika saya tidak buat, saya akan kata tidak. Dakwaan itu memang tidak benar kerana saya tidak pernah berkahwin dua,"


Dalam perkembangan lain, Don akan mengendalikan program Al Kauthar Sentuhan Qolbu bermula 14 Mei ini, setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 malam di Astro Oasis dan Astro Maya HD.
 Ustaz Don Daniyal sebelum ini menjadi popular di kalangan pendengar ceramah golongan muda.

Sebelum ini, penceramah ini juga mempunyai slot rancangan agama di televisyen menerusi rancangan 30 Minit Bersama Ustaz Don.

Sumber: Berita Harian

Tiada ulasan