Fesyen Tudung Belit Neelofa Teruk Dihentam, Lihat Reaksi Menyampah Para Netizen

Share:

Hari ini sekali lagi bintang popular Neelofa menjadi buah mulut para netizen.

Sebagai seorang artis popular dan berpengaruh di Malaysia, Neelofa memang sering jadi tumpuan dan penampilannya di mana-mana majlis akan diperhatikan oleh para netizen.

Yang terbaru, fesyen tudung yang dipakai oleh Neelofa di satu majlis telah dikritik hebat oleh orang ramai.

Neelofa hadir ke majlis #10StailishRooms dengan tudung berbelit dan ianya telah dipertikaikan.


Foto ini dimuatnaik di laman FB Rotikaya dan ianya menjadi viral sekelip mata.

Begitu banyak komen-komen dari para netizen yang ditulis tentang fesyen tudung berbelit Neelofa ini.

Ini antara komennya:

Indah Azzahra: "Apa lah masalah dia ni.. dah kaya sangat, duit dah tak tahu nak kemana.. design tudung pun pelik-pelik.. dari tudung labuh sampai ke tudung nampak telinga.. pastu fesyen macam gini plak.. lama-lama tinggal anak tudung je.. dah abis idea ke Lofa oiii..."

Dian Mastika Zaini: "Jangan mengutip dosa Lofa.. Kalau saya tak tutup aurat, yang berdosa hanyalah saya atau mungkin orang yang tak menegur saya.. Tapi kalau u yg promote fesyen mcm ni, siap u jual, org pakai, org raaaamaaaii pakai.. U fikirlah sendiri, saya tak nak cakap nnti org bawangkan sye ni duk hukum dosa pahala org.. Hmm.."

Rozaimah Ramli: "Ni fesyen sebelum masihi... lepas tu Islam disyriatkan menutup keseluruhan dada dan tak ada benjolan atas atau belakang kepala... so hajah ni tunjuk pesyen yang ketinggalan zaman yang sangat jauh iaitu zaman jahilliah sebelum islam.. perhiasan seperti subang atau lain-lain di luar tudung juga haram.. membelit leher juga haram sehingga menampakkan batang leher.."

Zai Zaref ZahraZea: "Agaknye hati dia dah bergelora nak buka tudung ,tu fesyen sebiji macam orang tak bertudung dah. tapi nak buka nanti takut manusia kejam, tapi tak takut Allah kejam. Maaf la ye Lofa mengata awak, awak yang mula kan supaya orang mengata awak.

Tulip Flowez: "Ikon fesyen konon.. .tapi tengok macam dah jadi mangsa fesyen je kebelakangan ni.

Eyra Az Zahra: "Sape beli gamaknya bodoh lah.. Bekan boleh bagi pahala dengan pakai gini. Kononnya muslimah hipster, jangan uolls... Dalam kubur nanti mengelibak kau lari dek nak kene libas mungkar nangkir.

Juliana Jue: "Cuba la pakai tudung tu elok-elok, sedap sikit mata orang memamdang.... ni dah tak semengah cara pakai tudung tu, tudung semua mahal tapi tak semahal cara dipakainya pikirkan mari beramal huhuhu..


Itulah antara kritikan dan komen dari para netizen yang ditujukan khas buat fesyen Neelofa ini.

Neelofa juga ada memuatnaik foto tudung ini di laman IG miliknya.

Apapun Neelofa sentiasa maju jaya!

Sumber: Rotikaya / IG Neelofa

Tiada ulasan