Hapuskan Grab, Dira Abu Zahar Hentam Idea Tun Mahathir

Share:

Baru-baru ini, ada laporan menulis kononnya Tun Mahathir mahu menghapuskan sistem Grab Car yang sememangnya amat popular dan menjadi pilihan para pengguna kereta bertambang.

Laporan ini menjadi viral dan mendapat perhatian masyarakat. Berita ini turut dikongsikan oleh page Friends Of Barisan Nasional.

Ianya kemudian mendapat reaksi dari orang ramai termasuk artis yang juga Exco Puteri Umno iaitu Dira Abu Zahar.

Ini perkongsian dari page FOBN:



Dira Abu Zahar ternyata tidak bersetuju dengan kenyataan untuk menghapuskan sistem grab ini.

Ini tulis Dira Abu Zahar:

Tun Mahathir Nak Hapuskan Grab - Mana Relevennya Teksi Tun Dengan Grab Zaman Sekarang?

Sebut sahaja Grab, hampir semua rakyat Malaysia kenal. Ia menjadi pilihan utama dalam pengangkutan awam untuk bergerak ke mana sahaja.

Sebut sahaja grab, berapa ramai anak muda menggunakannya sebagai mata pencarian utama dan kedua.

Tapi saya merasa kecewa apabila terbaca kenyataan seorang bekas Perdana Menteri yang pernah mentadbir 22 tahun, untuk menghapuskan Grab di Malaysia.

Tun lupa zaman sekarang dah tak sama macam dia dulu. Zaman dia yang sukar untuk dapat pengangkutan awam..zaman dia yang belum ada idea baru dan kemudahan macam sekarang. Sekarang, semua informasi dapat di hujung jari.

Sistem Grab ni mudah - aplikasi yg lebih jelas; pengguna tahu berapa harga yang akan dikenakan, di mana menjadikan grab sebagai satu pilihan terbaik untuk pengguna, berbanding dgn sistem yang diguna pakai oleh pemandu teksi.

Untuk pengetahuan Tun, dalam Grab sendiri pun ada pemandu teksi yang terlibat yang dipanggil GrabTaxi, pilihan untuk mereka yang memerlukan penjimatan dalam sistem Grab.

Kenyataan Tun Mahathir untuk hapuskan Grab ni mungkin semata-mata untuk dapatkan undi dari pemandu teksi parlimen Langkawi, tempat Tun tercalon di bawah logo PKR.

Dengan manifesto Tun Mahathir untuk hapuskan grab ini pasti menimbulkan kemarahan orang ramai, bukan sahaja pemandu tetapi pengguna yang dilihat sebagai IDEA TIDAK MUNASABAH.

APA ALASAN PALING KUKUH TUN MAHATHIR UNTUK HAPUSKAN SISTEM GRAB NI? Mana revelennya zaman teksi Tun dengan zaman sekarang?

Adakah kerana untuk mempertahankan bisnes kroni Tun dalam perniagaan teksi?

Sama seperti kes GST yang Tun tentang hebat sebab GST bakal 'mencekik' kroni Tun, tauke-tauke besar dalam pelbagai industri.

ADAKAH SEMUANYA KERANA PERIBADI, tidak ada sedikit pun Tun berfikir untuk rakyat marhein seperti kami semua ini?

Tun Mahathir, saya mungkin tidak layak menegur jika mengenangkan jasa Tun selama 22 tahun, tapi saya terpanggil untuk berkongsi pendapat kerana saya jua anak muda yang jua menggunakan sistem Grab, dan mewakili anak-anak muda lain yang pastinya memilih Grab pada zaman kini.

Tun, kalau teksi bermasalah, bukan kita perlu hapuskan Grab. Sebaliknya kita kena perbaiki masalah Teksi dan letak sama 'level' dengan perkhidmatan Grab.

Analogi sama juga dengan ' kalau ada masalah kemahuan peribadi tak dipenuhi..bukan turunkan PM sekarang tapi kena semak dan perbaiki semula diri kita.. baru orang hormat dan sayang...'

Salam perjuangan dari saya,

DIRA ABU ZAHAR
Exco Puteri Umno
Malaysia



Namun menerusi laman Facebook milik Tun Mahathir, ada satu video yang dimuatnaik menunjukkan ucapan sebenar dari Tun Mahathir. Tun Mahathir mengatakan, beliau akan mengkaji semula sistem ini.

Menerusi Page berkenaan, Tun Mahathir mengatakan ianya adalah laporan palsu.

Ini videonya:


Pilihanraya Umum semakin hampir dan masing-masing ada pendapat masing-masing. kepada para pengundi di luar sana, sila undi pilihan yang bijak. Selamat mengundi!

 Sumber: FB Dira Abu Zahar / FB Tun Mahathir

Tiada ulasan