"Hidup Saya Lebih Tenang Sejak..." - Izreen Azminda

Share:

Apabila menjadi perhatian ramai dan dihimpit kontroversi berhubung perkahwinan sebagai isteri kedua, pelakon popular, Izreen Azminda teruk dikecam.

Menjadi mangsa kecaman di laman media Instagram, Izreen Azminda akhirnya telah mengambil langkah untuk menutup ruang komen di Instagram milik nya.

Malah suaminya iaitu Ude Wahid turut membuat langkah yang sama, apabila setiap gambar tiada ruang untuk menulis komen.

Pelakon ini akui, setelah mengambil keputusan untuk menutuop ruang komen, dirinya berasa lebih tenang sejak berbuat begitu.

Ini kerana tiada lagi perbalahan  antara netizen atau komen-komen negatif yang dilemparkan di Instagram miliknya.

Malah Izreen Azminda juga akui jarang membuka 'Direct Message' (DM) di akaun Instagramnya bagi mengelakkan diri membaca sesuatu yang mungkin boleh mengguris hatinya.

Tambah pelakon cantik ini lagi, baginya akaun  Instagramnya itu adalah hak peribadinya.

Ini pendedahan dari Izreen Azminda:

"Saya lebih tenang dengan keadaan sekarang bila tutup ruang komen sebab saya tak suka perbalahan atau komen negatif dan saya tak suka benda-benda ini ada di dalam Instagram saya.
 

"Kalau netizen nak mengata atau nak memfitnah saya, biarlah di tempat lain tapi bukan di Instagram saya"

"Apa sahaja yang saya nak post di Instagram saya adalah kehidupan dan peribadi saya.

 "Kalau ada yang tak suka dengan perkongsian saya boleh unfollow atau block sahaja saya supaya posting saya tak keluar di timeline mereka"


Pelakon berusia 32 tahun ini berkata demikian kepada portal Media Hiburan ketika ditemui di majlis pertunjukan fesyen koleksi raya daripada Azura Couture.

Dalam pada itu, Izreen Azminda juga turut menjelaskan salah satu sebab dia menutup ruang komen adalah kerana suami tercinta.

Ini penjelasannya lebih lanjut:

"Saya sayang suami saya dan saya taknak orang mengata tentang suami saya.
 

"Kalau nak mengata saya tak apa sebab saya dah lama juga dalam industri dan dah biasa terima semua ni tapi suami saya tak biasa. Saya taknak orang kecam suami saya".

Pelakon ini juga tidak mahu hidup dihantui dengan komen-komen negatif jika dia membuka ruang komen.

"Cukuplah sekadar saya post gambar saya nampak like sahaja sebab saya taknak dihantui dengan komen-komen negatif"

Itulah kenyataan dari pelakon ini tentang tindakannya menutup ruang komen di laman media Instagram miliknya.

Sebelum ini, Izreen Azminda dan Ude Wahid pernah mendeaktifkan laman IG milik mereka buat sementara waktu.

Setelah isu ini semakin reda, pasangan ini mengakhtifkan akaun IG semula namun menutup ruang komen.

Sumber: Media Hiburan

Tiada ulasan