Janna Nick Sering Pakai Baju Ketat Dan Sendat, Ini Puncanya

Share:

Siapa yang tak kenal dengan nama Janna Nick, seorang pelakon yang cukup popular di Malaysia.

Selain dikenali sebagai seorang pelakon, Janna Nick juga telah melebarkan sayapnya dan kini merupakan seorang penyanyi dan juga pengacara yang hebat.

Beberapa tahun kebelakangan ini, nama Janna Nick semakin meningkat di dalam industri hiburan di Malaysia dan mempunyai pengikut yang amat lah ramai.

Di laman Instagram, follower Janna Nick sudah mencecah  sebanyak 3.5 juta orang.

Menjadi seorang yang popular, segalanya menjadi perhatian ramai. Oleh itu, ada pihak yang mula terlihat dan mengatakan pelakon ini menjadi semakin seksi.

Akhirnya melalui portal mStar, Janna Nick menjawab persoalan netizen mengenai pemakaiannya yang dikatakan semakin seksi.

Menurut selebriti berumur 23 tahun ini, pertambahan berat badan mungkin menjadi faktor pakaian yang digayakan olehnya sebelum ini nampak ketat dan tidak sesuai.

Ini komen Janna Nick:

"Baju tak ketat, sebenarnya saya yang dah gemuk, mungkin lemak Sherry Al Hadad dah transfer kat saya (bergurau) sebab Sherry dah susut berat"


"Mungkin badan saya dah semakin gemuk menyebabkan baju yang dipakai nampak ketat," 


"Tak ada ketat dan istilah makin seksi, saya sama saja. Mungkin orang banyak lihat saya dalam event dan menjadi duta dan lebih banyak di media, bila di event kita lebih bersiap. Jadi bukan seksi tapi Janna versi yang dah bersiap"

Itulah komen ringkas dari Janna Nick tentang penampilannya.

Dalam perkembangan yang lain, Janna Nick baru ceburi bidang perniagaan dan telah melancarkan produk penjagaan diri diberi nama Sephia.

Produk berasaskan minyak argan itu sudah berada di pasaran dan mendapat sambutan menggalakkan daripada peminatnya.

Boleh dikatakan sejak akhir-akhir ini, memang nama Janna Nick naik mencanak. Mana taknya, lakonannya dalam drama menjadi popular seperti drama Cofee Prince.

Lagu nyanyiannya juga menjadi siulan orang ramai iaitu lagu Akan Bercinta dan juga Mungkin Saja.

Malah, Janna Nick juga dipilih menjadi pengacara rancangan hiburan paling popular di Malaysia iaitu rancangan Melodi TV3.

Semoga terus maju buat Janna Nick.

Sumber: mStar

Tiada ulasan