Kes Dera Anak Tiri, Ibu Azri AF Tampil Dedah Kejadian Sebenar Yang Berlaku

Share:

Dua minggu penyanyi dari rancangan realiti Akademi Fantasia Musim Ke-9 iaitu Azri telah di dalam tahanan penjara.

Azri AF dipenjara di Kajang kerana menerima hukuman bermula 20 April dan kena denda RM5 ribu setelah mengaku bersalah mendera anak tirinya dengan mencelup kedua-dua tangannya ke dalam air panas di sebuah unit pangsapuri yang terletak di Subang Jaya.

Penyanyi ini telah dibebaskan dari Penjara Kajang semalam dan di hari pembebasannya, Azri disambut oleh ahli keluarga.

Ini termasuk isterinya iaitu Salma (Juara Mentor) dan anak-anak termasuk anak tiri yang dikatakan di dera oleh Azri itu. Setelah dibebaskan, Azri telah berpelukan dengan ahli keluarganya.

Dalam pada itu. turut berada di luar perkarangan penjara ialah ibu kepada Azri bernama Siti Atikah.

Akhirnya apabila ditanya tentang kes melibatkan anaknya, ibu Azri mendedahkan kisah sebenar yang ramai tak tahu.

Menurut ibu Azri, sebenarnya tangan anak tiri Azri itu sememangnya mempunyai penyakit dipanggil ekzema dan ianya amat sensitif.

Oleh kerana itu, apabila direndam air yang dikatakan agak panas, ianya menjadi luka teruk.

Ini komen dari ibu Azri:

"Makcik gembira sangat sebab dua minggu dia kat sini (penjara) makcik menangis. Sebab makcik baca orang komen kecam Azri menunjukan dia sebagai bapa tiri yang cukup kejam sanggup rendam tangan anak dalam air panas, sedangkan orang tak tahu situasai sebenar"

"Air tu air yang dimasak untuk mandikan baby, dan memang air itu juga digunakan untuk minum air pagi. Tapi air tu telah dicampur dengan air, kira air suam.

"Tapi sebab anak dia tangan ekzema yang teruk, tangan dia dah ada masalah, kena air suam, tangannya terus menggelembung. Azri terus bawa ke klinik. Kalau nak dera, dia tak akan bawa ke klinik, tak bawa ke hospital"

"Makcik sedih sebab ramai kata dia bapa tiri yang kejam, dan pihak media dan akhbar tulis seperti memang dia teramat kejam"

Itulah luahan dari ibu kepada Azri tentang perkara yang berlaku.

Perbuatan Azri telah didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kemudian dari satu laporan, doktor sahkan kecederaan yang dialami mangsa adalah serius disebabkan air panas.

Mangsa yang merupakan anak tiri Azri, berada di dalam wad selama 19 hari.

Azri berkata beliau akan lebih menghargai isteri tercinta, Salma dan anak-anaknya selepas ini.

Sumber: mStar

Tiada ulasan