Masalah Kewangan, Yuna Umum Tutup Perniagaan

Share:


Yuna merupakan antara penyanyi paling popular di Malaysia. Bermula dengan lagu Dan Sebenarnya, penyanyi ini terus melebarkan sayapnya sebagai penyanyi antarabangsa.

Selain menyanyi, Yuna juga ada melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Namun semalam, dengan meluahkan rasa sedih, penyanyi antarabangsa, Yuna memutuskan untuk menutup perniagaannya, November Culturehari ini.

Menerusi akaun Instagram miliknya, Yuna akui berat untuk dia mengumumkan penutupan ini namun dia terpaksa kerana tidak mempunyai keupayaan kewangan untuk meneruskan perniagaannya ini.

Yuna turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang banyak memberi sokongan terhadap perniagaannya selama ini. Yuna yakin, dia akan melangkah lebih maju dalam bidang perniagaan pada masa akan datang.

Ini komen dari Yuna:

"Kerana keadaan yang tidak dijangka, saya tidak lagi memiliki keupayaan kewangan untuk menjalankan perniagaan ini."

"Saya belajar banyak tentang perniagaan dan menjadikan saya lebih baik. Terima kasih pada semua untuk sokongan anda pada November Culture! Model, jurugambar, kakitangan, pelanggan, terima kasih kerana memberi saya peluang untuk melakukan ini"


Ini pengumuman rasmi dari Yuna:

"It is indeed very sad to announce I am closing down @NovemberCulture. Yall know that I am NC and NC is me. I love my business with all my heart, but it’s time to say goodbye. 

"Due to unforeseen circumstances, I no longer have the financial capability to run the business. I creative direct, shop, (and model!) and take most of the photos too myself- it really is my baby, and I came to a point where I had to change my creative direction to what was selling best right now to make fast money and save the business..and I just couldn’t bring myself to do it. 

"However I’m proud to say I gave it my best shot! November Culture is fully independent, no investors, no backers, no one to tell me what to sell or do to make it ‘laku’, just me and a couple of people doing what we love, we got a huge following worldwide too! 

"I learned a lot about business and how wonderful and disappointing it can be, and I came out of it a better person. Thank you all for your love and support for NC! The models, the photographers, staff, the customers- thanks for giving me a chance to do this,I love you! Know that I didn’t give up, I’m just starting a new chapter in my life.

"On a lighter note- @tinyforestsj is still running strong, and we love it that we get to keep our space in Subang to fully focus on #tinyforestsj. 


"Goodbye November Culture! I will forever love you.


Untuk pengetahuan, perniagaan November Culture dibuka pada tahun 2014, yang juga terletak di Subang Jaya dengan boleh dibeli secara online di seluruh dunia.

Ianya menjual pakaian dan tudung yang direka sendiri oleh Yuna.

Yuna kemudian mula memperkenalkan jenama ini di Amerika Syarikat dengan mempromosikannya di pertunjukan fesyen Fashion Fighting Famine atau #FFFShow di California.

Selain itu, Yuna juga membuka kedai di New York dan juga di Los Angeles.

Diimbas kembali, pada 26 Januari 2018, Yuna bernikah dengan Adam Sinclair di satu majlis pernikahan yang berlangsung di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.

Majlis perkahwinan pasangan mempelai ini dihadiri oleh 300 tetamu termasuk keluarga dan rakan-rakan terdekat dari Malaysia dan Amerika Syarikat.

Sumber: IG Yuna

Tiada ulasan