Pakatan Harapan Umum Cuti Pada Hari Khamis Dan Jumaat

Share:
 
Hari yang cukup bermakna buat barisan yang bertanding sebagai pembangkang pada pilihan raya umum kali ke 14 iaitu Pakatan Harapan (PH).

Pakatan Harapan telah mengumumkan parti itu telahpun memenangi jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan persekutuan dengan majoriti mudah.

Ini sekali gus mengakhiri pemerintahan oleh parti Barisan Nasional selama 60 tahun sejak merdeka.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihak pakatan telah dihubungi oleh Istana, yang mengiktiraf keputusan tidak rasmi yang masih dinantikan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Tun Mahathir telah mengatakan bahawa pada hati Khamis dan Jumaat, ianya akan diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara sebagai hari pelepasan am.

"Kami tidak boleh mengumumkan hari pelepasan am sebab kamu belum menjadi kerajaan, katanya pada sidang media yang diadakan pada pukul 2.45 pagi Khamis." Kata Tun Mahathir.

Sementara itu, satu kenyataan telahpun dikeluarkan oleh pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada awal pagi Khamis.

Jabatan ini mengatakan bahawa pihak kerajaan telah menetapkan hari Khamis (10 Mei) dan Jumaat (11 Mei) sebagai hari pelepasan am tambahan di seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

"Bagi negeri-negeri yang menjadikan Jumaat (11 Mei) dan Sabtu (12 Mei) sebagai hari pelepasan mingguan, maka Ahad ditetapkan sebagai hari pelepasan am tambahan.

"Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

"Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan-kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing," katanya.


Itulah kenyataan dari pihak parti yang menang pilihan raya dan juga dari Jabatan Perdana Menteri sekaligus mengesahkan cuti jatuh cuti pada Khamis dan juga Jumaat.

Semoga Malaysia terus aman makmur dan maju terus berjaya!

Tiada ulasan