Sanggup Tinggalkan Anak Untuk Bercuti Bersama Rakan, Hanis Zalikha Dikecam Netizen

Share:

Pelakon dan pengacara cantik, Hanis Zalikha teruk dikritik oleh para netizen apabila dikatakan sanggup meninggalkan anak kecilnya Yusof Iskandar yang berusia dua tahun untuk melancong dan bercuti ke luar negara bersama rakan-rakannya

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh suaminya, pelakon Hairul Azreen, Hanis Zalikha telah mengucapkan selamat tinggal kepada anaknya di lapangan terbang.

Video ini sekaligus menjadi viral dan ia nya mendapat perhatian netizen.

Menerusi komen yang ditinggalkan, rata-rata sedih dan sebak dengan gelagat Yusof Iskandar yang menangis tidak sanggup melepaskan ibunya itu pergi.

Ada juga yang mengecam tindakan Hanis yang ingin bercuti sampai sanggup tinggalkan anaknya itu.

Ini antara kecaman yang diberikan:

"Tak sepatutnya Hanis buat macam tu kat Yusuf...tinggal anak semata mata nak enjoy dengan kawan-kawan.

"Sanggup tinggal anak semata mata nak pergi melalak dengan kawan punya pasal... jahat Hanis

"Kesian yusuf kena tinggal kejap dengan mommy..

Bagaimanapun, ada juga segelintir netizen menganggap pasangan tersebut mempunyai cara tersendiri dalam membesarkan anak mereka.

Mereka juga memuji Hairul Azreen sebagai seorang suami yang memahami serta memberi peluang isteri untuk bersama rakan-rakan.

Ini antara komen netizen:

"Saya rasa inilah cara yang terbaik dalam tempoh perkembangan anak, kena faham apabila ayah sibuk, Yusof akan bersama ibu dia. Walaupun nampak video masa Hairul balik dia rindu ayah dia sangat.

"Jadi sekarang masa Hairul pula untuk bersama anaknya,"


Video yang dimuat naik malam Khamis itu mendapat lebih 800,000 tontonan dan hampir seribu komen netizen dengan pelbagai pendapat.

Sementara itu, Hairul menerusi komen posting tersebut menjelaskan dia memberi peluang kepada isterinya itu untuk berehat selepas sebulan menjaga Yusof.

Selepas ini, Hairul juga akan kembali untuk bekerja berlakond alam filem aksi Paskal.

Ini jelas Hairul:

"Tugas isteri berat kalau nak diukur dengan duit hantaran sejuta pun belum tentu dapat balas.

"Dia jaga anak, dia kemas rumah, dia lipat kain, dia yang lahirkan, jadi kita bagi 'can' (peluang) dia pergi rehatkan diri, tidur lena tak payah bangun buat susu.

"Lagi pun sebulan dia jaga seorang, semasa saya berada di Sabah"

Pelakon Hanis Zalikha berkahwin dengan pelakon Hairul Azreen pada 5 Jun 2015 di Bukit Jelutong, Selangor.

Pasangan ini kemudian telah menimang cahaya mata sulung mereka yang diberi nama Yusuf Iskandar pada 3 Jun 2016.

Yusuf Iskandar merupakan antara anak selebriti paling popular di Malaysia.

Sumber: IG Hairul Azreen / mStar

Tiada ulasan